ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah terus mencatatkan
peningkatan apabila 3,621 orang dipindahkan sehingga jam 8 pagi ini
Jumlah itu mencatatkan peningkatan seramai 182 orang berbanding malam tadi.
Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN),
jumlah mangsa dipindahkan meningkat berikutan air dari hulu yang
mengalir bertembung dengan air pasang besar.
Semua mangsa daripada 1,081 keluarga itu ditempatkan di 29 pusat
pemindahan berbanding 22 pusat yang dibuka sebelum ini dan daripada
jumah itu, 12 pusat dibuka di daerah Kota Setar.
Antaranya ialah Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan (SK) Titi
Gajah, Alor Setar membabitkan 334 mangsa, PP SK Seri Gunung (180), PP SK
Alor Mengkudu (117), PP Dewan Taman Sri Bagan (95), PP Surau Pondok
Kepala Bukit (88), PP Surau Assyakirin, Kepala Batas (75) dan PP Masjid
Kampung Lengkuas (46).
PP SK Bukit Pinang (40), PP Dewan Wawasan Kampung Kelompang (32), PP SK
Suka Menanti (26), PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak
(13) dan PP SK Taman Aman seramai sembilan mangsa.
Sementara itu, mangsa banjir di daerah Kubang Pasu ditempatkan di tujuh
pusat iaitu di PP Dewan Lubuk Batu (533), PP SMK Mahawangsa (469), PP
Dewan Kubur Siam (303), PP Dewan Tokong Cina (167), PP SK Kodiang Lama
(41), PP Dewan Manggol Malau (37) dan PP Dewan Kampung Lahar seramai 31
mangsa.
Di daerah Pokok Sena, enam pusat pemindahan adalah di PP SK Bukit Hijau
dengan 437 mangsa, PP Madrasah Maahad Tarbiyah (166), PP Dewan Kampung
Permatang Limau (35), PP Dewan Lubuk Keriang (34), PP Surau Kampung
Menerong (18) dan PP Dewan Kampung Empa (16).
Di daerah Pendang, empat pusat pemindahan dibuka, yang menempatkan 165
mangsa di PP Pusat Rakan Sukan Guar Kepayang, PP Pusat Rakan Sukan
Padang Pusing (55), PP Pusat Rakan Sukan Ayer Puteh (46) dan 13 mangsa
di PP Pusat Rakan Sukan Bukit Raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan