KUALA LUMPUR: Tamrin Abdul Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri
Tun Abdul Ghafar Baba, mengesahkan beliau tidak akan menyertai parti
baru yang sedang diusahakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tamrin dalam satu kenyataan hari ini berkata, selain itu, beliau juga
telah menarik diri daripada Sekretariat Deklarasi Rakyat yang diketuai
bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Katanya, dua keputusan tersebut dibuat setelah memikirkannya dengan teliti.
"Keputusan ini adalah muktamad dan berkuat kuasa hari ini," kata Tamrin.
Katanya, buat masa ini beliau tidak menyertai mana-mana parti politik selepas keluar daripada PAS pada 2014.
Muhyiddin pada 9 Ogos lalu menyerahkan permohonan bagi mendaftar Parti
Pribumi Bersatu Malaysia di pejabat Jabatan Pendaftar Pertubuhan di
Putrajaya.
No comments:
Post a Comment