Bekas perdana menteri itu berkata demikian di dalam blognya semalam dipetik berkata, sejak skandal 1MDB didedahkan pemimpin Umno cuba menidakkan tuduhan terhadap Najib.
"Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin Umno mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah. Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah," ujarnya.
Kata beliau lagi,sejak skandal 1MDB didedah, bukti-bukti salahguna kuasa dan penipuan Najib adalah jelas bersalah.
"Bermula dengan laporan dalam akhbar, ia diikuti dengan laporan oleh Bank Negara, BPR, Auditor General dan PAC. Tiap satu menerangkan kesalahan Najib.
"Menjadikan laporan-laporan ini rahsia pemerintah tidak berjaya menutup isi kandungan laporan. Di zaman ini tidak ada cara bagi merahsiakan dokumen.
"Sarawak Report melapor berkenaan wang yang ada dalam akaun Najib di Ambank yang disertai dengan dokumen-dokumen yang tidak boleh disangkal. Najib tidak dapat membuat apa-apa, jauh sekali dari menyaman malu Sarawak Report.
"Akhirnya Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bukan sahaja mengeluarkan laporan bertulis tetapi penjelasan dibuat secara terperinci oleh pegawai-pegawai DOJ melalui TV.
"Malaysia sudah jadi negara penipu dan rasuah yang terbesar di dunia. Semua orang berasa malu tetapi pemimpin Umno sahaja yang tidak tahu malu," ujarnya.
Kata Dr Mahathir lagi, walaupun nama Najib tidak dicatit tetapi semua tahu bahawa Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysian Nombor 1) ialah Najib.
"Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka sahaja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka.
"Wahai pemimpin Umno berhentilah dari menipu diri. Kamu tahu Najib bersalah. Kamu tahu Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia," seru Dr Mahathir kepada ahli Umno dalam catitannya itu.
Jelas beliau lagi, merahsiakan segala laporan berkenaan dengan kesalahan Najib melalui OSA mungkin mengelirukan sebahagian kecil dari rakyat Malaysia. Tetapi OSA ujarnya, tidak boleh rahsiakan perbuatan Najib di kalangan masyarakat dunia.
" Kamu, pemimpin Umno akan dipandang hina kerana masih mencuba menidakkan penipuan Najib dalam pengurusan 1MDB." tegasnya.
No comments:
Post a Comment