Maybank Islamic Berhad (MIB) menyumbang 25,000 beg troli bimbit bernilai RM650,00 untuk kegunaan jemaah haji Malaysia pada musim haji tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata sumbangan itu melambangkan keprihatinan bank itu terhadap keperluan jemaah haji tempatan.
"Diharap sumbangan kecil ini dapat membantu jemaah kita menunaikan ibadah di tanah suci nanti," katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan beg kepada rombongan ketiga jemaah haji di Kompleks Tabung Haji di sini hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Adi Azuan Abdul Ghani.
Seramai 28,000 orang jemaah bakal menunaikan haji tahun ini dengan rombongan pertama bertolak ke Mekah awal bulan ini.
No comments:
Post a Comment