GEORGETOWN: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk
Seri Tajuddin Abdul Rahman memberi jaminan bahawa bekalan bahan
keperluan mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha bulan depan.
Setiap kali musim perayaan, ujarnya, pihak kementerian akan memantau
bekalan bahan mentah bagi memastikan ia mencukupi untuk memenuhi
permintaan yang tinggi.
"Kita mempunyai stok barangan keperluan tempatan yang mencukupi dan
sekiranya ada keperluan, kami akan mengimport bagi memastikan umat Islam
dapat menyambut ibadah korban ini dengan sempurna," katanya kepada
pemberita.
Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Puteri dan Pemuda Umno bahagian Bayan Baru di sini malam tadi.
Katanya, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) berkemungkinan akan melaksanakan pemantauan
menyeluruh di seluruh negara bagi memastikan harga barangan keperluan
tidak dinaikkan sesuka hati.
Umat Islam di seluruh negara dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha
pada 12 September, yang kebetulan jatuh pada minggu cuti persekolahan
yang bermula dari 10 hingga 18 September.
No comments:
Post a Comment