Khamis, 21 Oktober 2021

“Tak sabar nak balik rumah baharu” -Nur Sajat tayang rumah di Australia

Oleh FATHULLAH ABU BAKAR

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas mendedahkan rumah baharu yang bakal didiami di Australia.

Menerusi entri Instagram, Sajat yang kini difahamkan berada di sebuah hotel di negara tersebut tampil menayangkan sebuah rumah menerusi beberapa hantaran di Instastory.

“My new home. Tidak sabar hendak balik rumah baharu,” tulisnya ringkas di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, rumah yang bakal didiaminya tidak lama lagi itu merupakan sebuah rumah banglo setingkat yang mempunyai ruang besar di belakang rumah.

“Pandangan rumah baharu dari sudut belakang.

“Bolehlah buat barbeque di sini. Syoknya Australia,” kongsinya lagi.

Perkongsian terkini di Instastory, dia mendedahkan sekali gus menzahirkan rasa gembira dan berterima kasih buat kerajaan Australia apabila berjaya mendapat dua kad kuning dan merah.

Sebelum ini, Nur Sajat menerusi entri Instagram mendakwa dia sudah berada di Australia.

Kemudian, dia juga memaklumkan sedang menjalani kuarantin di Canterbury, Australia dan secara rasmi berhijrah ke negara itu dengan bantuan kerajaan di sana, ketika sesi siaran langsung menerusi media sosial itu.

Tiada ulasan: