Isnin, 4 Oktober 2021

Pergerakan rentas negeri hujung minggu ini?

Oleh MOHD RASDAN AHMAD 
 
  gambar hiasan

PETALING JAYA – Jika dihitung kepada peratusan unjuran kadar vaksinisasi dewasa harian, pergerakan rentas negeri mungkin bakal berlaku pada Jumaat atau Sabtu nanti.

Laman CovidNow pada petang ini telah menunjukkan kadar vaksinisasi dewasa negara telah mencatatkan 87.2 peratus, hanya tinggal 2.8 peratus untuk capai imunisasi kelompok sebanyak 90 peratus.

Terdahulu, berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM), rakyat dibenarkan merentas negeri apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikannya baru-baru ini.

Selain itu, beliau memaklumkan, kerajaan turut membenarkan pembukaan pusat pelancongan, pulau atau kawasan pelancongan apabila mencapai kadar vaksinasi berkenaan. – K! ONLINE.

Tiada ulasan: