Ahad, 3 Oktober 2021

Pengarah diberkas kes dadah

 Oleh KOSMO!

Gambar hiasan

KAJANG – Seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan ditahan polis berhubung kes dadah pada 27 Ogos lalu.

Difahamkan, lelaki berkenaan ditahan kerana kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 12(2)A, Akta Dadah Berbahaya 6 dan Akta Dadah Berbahaya 15(1)(a) di Beranang, Hulu Langat di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan yang dibuat ke atas lelaki berkenaan.

“Pihak polis mengesahkan kes berkenaan dan kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Bagaimanapun, kes telah diklasifikasikan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut),” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tiada ulasan: