Khamis, 21 Oktober 2021

Muhyiddin ziarah keluarga Mohd Diya, sifatkan pengorbanan Allahyarham sangat besar

Muhyiddin Yassin menziarahi keluarga Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh di Taman Krubing Jaya, Melaka hari ini./ GAMBAR FB Muhyiddin Yassin.

PENGORBANAN anggota bomba, Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh sebagai petugas barisan hadapan sangat besar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu, beliau dan seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan atas tragedi yang berlaku ketika Mohd Diya sedang bertugas dalam operasi menyelamat bangsa banjir di Sungai Putat, Melaka semalam.

Kata Muhyiddin, beliau yang berada di Melaka untuk menghadiri Sesi Dialog MPN turut berkesempatan menziarahi balu Allahyarham, Noraida Che Nor di Taman Krubong Jaya pagi ini.

“Saya berdoa semoga ahli keluarga Mohd Diya diberi ketabahan dan kekuatan dalam berhadapan dengan saat-saat yang sukar ini.

“Sesungguhnya pengorbanan Mohd Diya sebagai anggota frontliners sangat besar dan saya mendoakan agar Allahyarham memperoleh husnul khatimah dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang beriman,” katanya.

Muhyiddin Yassin menziarahi keluarga Allahyarham Mohd 
Diya Che Jusoh yang terkoban ketika bertugas menyelamatkan 
mangsa banjir di Taman Krubong Jaya hari ini./ Gambar 
FB Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian menerusi Facebook beliau sebenatar tadi.

Allahyarham mempunyai empat orang anak yang berusia antara 18 dan 9 tahun.

Mohd Diya dilaporkan dibawa aurs deras dalam usaha pihak bomba menyelamatkan mangsa banjir di Sungai Putat, Ayer Keroh semalam.

Allahyarham dikejarkan ke Hospital Melaka sebelum dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 3.11 pagi tadi.

Tiada ulasan: