Ahad, 3 Oktober 2021

Jangan ada lagi gerakan politikus tuntut tanah secara ‘pintu belakang’

Haji Aminuddin Yahaya

Kenyataan pihak kuil bukti politikus berdolak dalih konon 'tiada isu berlaku'

ALHAMDULILLAH, satu lagi gerakan rakyat marhaen membela agama yang berjaya yang membuktikan usaha bersepadu itu penting.

Perkembangan ini penting kerana ianya membuktikan bahawa isu tanah rizab tidak boleh dikompromi sama sekali walau apa jua alasannya.

Kenyataan pihak kuil ini juga membuktikan bahawa politikus yang berdolak dalih seolah-olah perkara ini tidak berlaku dan fitnah adalah hanya sikap berlepas tangan para politikus tersebut.

Kita menyambut baik kenyataan pihak kuil yang mengakui kesilapan mereka dalam hal ini atas semangat kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan yang perlu dijunjung.

Politikus-politikus yang menegakkan benang yang basah perlu rasa malu dan diharapkan agar tidak ada gerakan-gerakan politikus menghasut dan mengatur menuntut tanah secara ‘pintu belakang’.

YAB Menteri Besar perlu cakna akan ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO kerajaan yang berkeliaran seperti haiwan liar melakukan percaturan-percaturan busuk kononnya menjadi hero untuk meraih sokongan politik.

Tahniah warga Tampin, anda contoh yang baik buat negara dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan sebagaimana dalam Rukun Negara. ISMA WEB

(*) Haji Aminuddin Yahaya -Pengerusi PEMBELA

Tiada ulasan: