Khamis, 14 Oktober 2021

Dompet hilang lebih 50 tahun dipulangkan semula kepada pemilik

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
 

LOS ANGELES: Polis di Kansas, Amerika Syarikat (AS) memulangkan semula sebuah dompet yang hilang lebih 50 tahun kepada pemilik asalnya.

Lapor portal UPI, Jabatan Polis Great Bend menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan dompet itu diserahkan oleh seorang penduduk, baru-baru ini.

Jelas polis, pihaknya menemukan beberapa dokumen penting dalam dompet itu termasuk Kad Keselamatan Sosial dan lesen pemandu yang sudah tamat tempoh pada tahun 1974.

Jabatan itu memaklumkan polis berjaya menghubungi pemilik dompet berkenaan.

Jelas polis, pemilik dompet itu kini tinggal di Lawrence, Kansas.

“Pemilik berkenaan memberitahu kami bahawa dia kehilangan dompet itu pada awal 1970an.

“Dia juga sangat gembira dapat semula dompet yang hilang,” jelas hantaran itu. – AGENSI

Tiada ulasan: