SEORANG anggota polis berumur 29 tahun dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar ditemui mati dengan kesan tembakan di leher di dalam kenderaannya pagi ini.
Mayat anggota berpangkat Lans Koperasi itu ditemukan bersama sepucuk senjata revolver .38 di sisinya di dalam kenderaan yang terletak di lot meletak kereta di pekan Muar.
Sebelum kejadian, IPD Muar menerima satu maklumat dari seorang anggota polis yang menyatakan ingin membunuh diri melalui pesanan WhatsApp pada pukul 8.20 pagi.
Satu operasi mengesan dan mencari telah dijalankan IPD Muar sebelum menjumpai mayatnya di dalam kenderaan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu kenyataan akhbar mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – UtusanTV
Tiada ulasan:
Catat Ulasan