Selasa, 26 Oktober 2021

97 peratus guru seluruh negara terima vaksin lengkap

Ainul Illia

Hanya sebilangan kecil tak dapat terima vaksin kerana masalah kesihatan

PUTRAJAYA – Sebanyak 400,678 atau 97 peratus guru di seluruh negara telah menerima suntikan lengkap vaksin COVID-19 pada hari Sabtu, kata Timbalan Menteri Pendidikan.

Senator Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, 408,331 atau 98.7 peratus lagi telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.

“Ada guru yang masih belum menerima vaksin COVID-19 kerana masalah kesihatan dan faktor lain tetapi mereka hanya mewakili sebilangan kecil.

“Kami menggalakkan semua guru untuk divaksin bagi melindungi diri daripada virus,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Setakat semalam, seramai 94.6 peratus dewasa iaitu 22,143,545 individu telah lengkap divaksinasi.

Manakala 97.5 peratus atau 22,813,885 dewasa telah menerima sekurang-kuranganya satu dos vaksin COVID-19.

Tiada ulasan: