Ahad, 24 Oktober 2021

94.5 peratus juta individu dewasa lengkap vaksinasi

 Oleh NABIL AIMAN NOR AZWAN

 

PETALING JAYA – Sebanyak 94.5 peratus atau 22,126,379 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 97.4 peratus atau lebih 22,808,491 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 113,547 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Johor mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 17,172 diikuti, Pulau Pinang (12,946), Sabah (10,023) Sarawak(9,098), Kedah (8,557) dan Melaka (6,505).

Peringatan buat orang ramai yang ingin pulang ke kampung sila lakukan ujian kendiri Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) bagi memastikan anda bebas daripada Covid-19 supaya penularan wabak ini tidak berlaku lagi. – K! ONLINE.

Tiada ulasan: