Selasa, 26 Oktober 2021

92 kematian semalam, Johor tertinggi


Johor merekodkan jumlah tertinggi kematian akibat Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, iaitu sebanyak 20 kes, sekali gus melonjak kumulatif di negeri itu sejak awal tahun lalu kepada 3,608 kes.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan seramai 92 kematian direkodkan di seluruh negara semalam, meningkat berbanding 46 kematian yang dicatat pada Ahad. Jumlah itu termasuk 11 pesakit yang meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital atau ‘brought in death’ (BID).

Keseluruhannya sebanyak 28,492 kematian direkodkan sejak awal tahun lalu hingga semalam, termasuk 5,751 kes BID, lapor KKM menerusi laman sesawangnya covidnow.moh.gov.my hari ini.

Dalam tempoh itu, Pulau Pinang dan Sarawak masing-masing mencatat 14 kematian, diikuti Kelantan (12); masing-masing lapan di Perak dan Sabah; Selangor (empat); dan masing-masing tiga di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

Kedah, Melaka dan Terengganu pula masing-masing merekodkan dua kematian. Tiada kes kematian dilaporkan di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya semalam.

Sembilan negeri kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi, membabitkan Selangor sebanyak 9,572 kes, diikuti Johor (3,608 kes); Kuala Lumpur (2,542); Sabah (2,466); Kedah (1,962); Pulau Pinang (1,578); Negeri Sembilan (1,228); Sarawak (1,220); dan Perak (1,065 kes).

Sementara itu KKM turut memaklumkan jumlah kes aktif sehingga semalam turun lagi kepada 73,223 kes berbanding 75,947 yang direkodkan pada Ahad.

Daripada jumlah itu, 56,634 atau 77.3 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah, 13.3 peratus atau 9,753 pesakit di PKRC, 6,234 atau 8.5 peratus dirawat di hospital, dan 0.8 peratus atau 602 dimasukkan ke unit rawatan rapi, dengan 300 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Lima negeri merekodkan jumlah kes aktif tertinggi membabitkan Selangor sebanyak 14,658 kes diikuti Sarawak (9,267 kes); Johor (8,569); Sabah (8,265); dan Kelantan (5,566 kes).

Tiada ulasan: