Khamis, 7 Oktober 2021

88.8 peratus individu dewasa lengkap divaksin sehingga semalam


Jumlah individu dewasa yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing sehingga semalam, 6 Oktober 2021, mencecah 88.8 peratus atau 20,786,568 penerima.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kemas kini di laman sesawangnya COVIDNOW sebentar tadi memaklumkan 94.6 peratus atau 22,135,242 individu dewasa lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan 24 Februari lalu hingga semalam, lebih 42.81 juta dos telah diberikan kepada golongan itu, termasuk 87,716 yang lengkap divaksinasi dan 15,866 lagi menerima dos pertama semalam.

Bagi PICK Remaja pula, sehingga semalam 4.1 peratus remaja berusia 12 tahun hingga 17 tahun melengkapkan dos masing-masing, manakala 2,065,124 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Keseluruhannya lebih 2.19 juta dos diberikan kepada golongan itu, termasuk 106,325 dos semalam yang membabitkan 8,750 remaja melengkapkan sutikan kedua, dan 97,575 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Secara keseluruhan, PICK telah menawarkan lebih 45 juta dos vaksin kepada semua penerima yang layak dengan 20,915,720 atau 64.0 peratus melengkapkan suntikan masing-masing, dan 74.1 peratus atau 24,200,366 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam sahaja, sebanyak 209,907 dos diberikan membabitkan 96,466 penerima melengkapkan suntikan masing-masing sama ada vaksin dua dos atau vaksin dos tunggal, manakala 113,441 penerima lagi mendapat dos pertama.

Tiada ulasan: