Rabu, 27 Oktober 2021

3 pusat pemindahan banjir dibuka di Kedah

ALOR SETAR: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah di negeri ini yang menempatkan seramai 181 mangsa daripada 48 keluarga, berikutan banjir akibat hujan lebat.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof, berkata satu PPS dibuka di daerah Pendang menempatkan seramai 140 mangsa daripada 36 keluarga dibuka sejak Khamis lalu manakala dua lagi PPS dibuka di Baling, malam tadi.

Beliau berkata, dua PPS di Baling iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gantung menempatkan 29 mangsa daripada 10 keluarga manakala PPS SK Bandar menempatkan 12 mangsa daripada dua keluarga.

"Ini berikutan hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan paras air sungai meningkat dan kedua-dua PPS itu dibuka jam 9 malam tadi.

Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di Baling ke PPS yang dibuka malam tadi berikutan banjir. - Foto ihsan APM
Anggota APM membantu memindahkan mangsa banjir di Baling 
ke PPS yang dibuka malam tadi berikutan banjir. - Foto ihsan APM

"Antara kampung yang terjejas dinaiki air adalah di Kampung Padang Che Mas, Kampung Tok Weng, Kampung Temusu, Kampung Wang, Kampung Pokok Sena, Kampung Sungai Limau dan Kampung Teluk Pendiat, Kampung Lubuk Pedati dan Kampung Siput," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Muaz berkata, pemantauan masih dilakukan APM di kawasan berisiko yang dinaiki air.

Tiada ulasan: