DR AHMAD SANUSI AZMI
Bimbang mereka beli hartanah, MyKad dan ada hak undi pula
1.
MENURUT Laporan Audit Negara, terdapat hampir 95% pelancong dari China
dan India yang datang ke Malaysia tidak memiliki rekod keluar dari
negara ini. Laporan Audit tersebut menyatakan, dari tahun 2016 hingga
2018, seramai 79,799 pelancong China datang ke Malaysia, namun 95%
(iaitu sebanyak 76,258) daripada mereka tidak pernah keluar dari negara
ini.
2. Maklumat yang dilaporkan kepada Kementerian Dalam Negeri ini
menimbulkan kebimbangan sehingga Menteri Dalam Negeri, Tan Sri
Muhyuddin Yasin mengarahkan pihak Imigresen menjalankan siasatan
menangani isu ini.
3. Apa
yang lebih membimbangkan, September lalu, pihak polis berjaya membongkar
sindiket penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang yang
didalangi pegawai JPN negeri. Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan
Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh
seorang pemegang MyKad yang sah, namun dia didapati tidak boleh
berkomunikasi dalam bahasa Malaysia.
4. Andai
sekiranya pelancong dari negara luar ini mempunyai wang yang lebih,
dibimbangi mereka bukan sahaja boleh membeli hartanah di Malaysia ini
bahkan memiliki Mykad dan ada hak undi mengundi pula nanti.
Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan buat Malaysia.
* Dr Ahmad Sanusi Azmi - Ahli Majlis Ylama Isma
No comments:
Post a Comment