Haram pertubuhan radikal kerana halang integrasi nasional
BANGI – Kekuatan Dong Jiao Zong (DJZ) menyatukan pengundi Cina untuk mengundi
parti tertentu, antara faktor pimpinan politik dalam kerajaan atau
pembangkang berlumba-lumba membela pertubuhan antinasional itu.
Ahli
Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, pengaruh DJZ itu
adalah faktor menentukan corak pengundian kaum Cina dalam sesuatu
pilihan raya umum.
Beliau
yakin, pengaruh besar DJZ, selain dua pihak lain menjadi penyumbang
kepada kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU-14) lalu, berdasarkan pola pengundian kaum Cina.
“Dalam PRU-14 yang lalu, kesimpulan yang boleh dibuat secara puratanya hampir 92 peratus pengundi Cina mengundi PH.
“Dengan
sokongan padu pengundi Cina ini, DAP dan parti-parti sahabatnya menang
besar. Manakala, MCA tinggal hanya satu kerusi,” katanya dalam
kenyataan, hari ini.
Sebelum
ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memuktamadkan kandungan
pelajaran tiga halaman tulisan jawi yang hanya memberi tumpuan terhadap
teks pada lambang negara, ringgit Malaysia dan setem.
Secara
keseluruhannya, terdapat empat teks jawi yang berbunyi: ‘Bersekutu
Bertambah Mutu’ dalam jata negara, ‘Bank Negara Malaysia’ dan ‘Ringgit
Malaysia’ pada nota ringgit serta ‘Malaysia’ pada setem.
Namun, DJZ
dilihat memberikan reaksi melampau dalam menentangnya sehingga
merancang untuk mengheret kerajaan ke mahkamah mengenai pembelajaran
itu.
Walaupun
kemarahan pelbagai pihak, termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad terhadap pertubuhan ultra perkauman itu, Dr Mohd Zuhdi berkata,
DJZ dilihat cukup kebal dan semakin berani menzahirkan sikap
antinasional mereka.
“Oleh
sebab itu, apabila PH membentuk kerajaan, Dong Zong telah mula membuat
tuntutan-tuntutan yang bersifat antinasional termasuklah yang terbaru
isu tulisan jawi dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
“Disebabkan
pengaruh pertubuhan ini sangat besar terhadap kemenangan PH, biarpun
ada beberapa pimpinan PH merungut terhadap sikap ultra perkauman Dong
Zong, pertubuhan ini tetap kebal dari sebarang tindakan,” katanya.
Beliau
berkata, tidak mengejutkan apabila parti-parti pembangkang Cina juga
mengambil kesempatan untuk ‘membodek’ DJZ kerana masih menaruh harapan
supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pertubuhan itu akan berpihak kepada mereka.
“Jika
kitaran seperti ini berterusan, Dong Zong akan berterusan menjadi faktor
yang menghalang integrasi nasional dan ketegangan kaum tidak akan
selesai, justeru ia wajar diharamkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment