KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah
berkata, maklumat tentang elaun parking berjumlah RM5,700 untuk menteri
yang tular di media sosial adalah tidak betul.
Katanya, sepanjang pengetahuannya tidak ada elaun seumpama itu dan beliau sendiri tidak pernah menerima kemudahan sedemikian.
Sebelum itu di laman Twitter seorang netizen membuat ciapan:
Ciapan Saifuddin di laman Twitter
Seorang lagi netizen bertanya: “YB boleh bagi simple explanation
kenapa perlunya elaun parking sebanyak RM5700 sebulan? Dah lama perkara
ni menjadi pertanyaan tp tak pernah ada sesiapa beri penerangan.”
Menteri Luar itu membalas: “Sepanjang pengetahuan saya, saya tak ada elaun parking”.
Beliau juga berkata, maklumat yang tular itu tidak betul.
Sejak kelmarin tular infografik mengenai gaji serta elaun yang diterima menteri. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment