KUALA LUMPUR – Peguam Mohamed Haniff Khatri terkejut dan bimbang dengan cara penulisan kenyataan rasmi Dong Zong dan Jiao Zong yang dikeluarkan Sabtu lalu.
Tanpa mahu menyentuh kandungan kenyataan itu iaitu berkaitan arahan pembatalan persidangan membantah tulisan Jawi dari sudut perundangan, Haniff berkata, perkara yang lebih penting adalah penggunaan bahasa kebangsaaan di dalam kenyataan lapan baris itu.
“Bagaimanakah sebuah (mahupun dua buah) pertubuhan yang ditubuhkan di bawah undang-undang negara ini gagal untuk keluarkan satu kenyataan rasmi ringkas sependek lapan (8) baris yang mengandungi empat (4) ayat dan enam puluh sembilan (69) perkataan sahaja, dalam bahasa kebangsaan yang betul, tepat dan lengkap?” soalnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Beliau turut memuatnaik kenyataan media Dong Zong sambil menjelaskan bahawa catatan pembetulan kesilapan pada kenyataan itu bukan dibuat olehnya.
Mengulas lanjut, Haniff juga mengaitkan keadaan itu jika disebabkan oleh kegagalan menguasai bahasa kebangsaan oleh pihak yang memperjuangkan bahasa ibunda masing-masing sebagai pengantar di sekolah vernakular dengan masa depan anak-anak mereka.
Katanya, adalah dibimbangi keadaan itu akan menyebabkan anak-anak Malaysia berketurunan Cina dan India tidak dapat memperoleh kemahiran dan semesinya gagal dalam menjiwai bahasa kebangsaan di negara ini
“Selagi sekolah-sekolah vernakular masih degil tidak menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sana?” katanya.
Peguam itu berkata, amat jelas perjuangan untuk menyeragamkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar pengajian di semua sekolah di negara ini demi mencapai hasrat membentuk rakyat jati kerana bahasa adalah jiwa bangsa.
Haniff turut membuat catatan biar pun kedua-dua ibu bapanya merupakan imigran dari Gujerat iaitu sebuah negara di barat laut India, namun bahasa kebangsaan itu bahasa Malaysia adalah jiwa bangsanya.
Selain itu, katanya, walaupun pembetulan yang tertera pada kenyataan media itu bukan karyanya namun usaha tersebut harus diambil maklum. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment