Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Tanjung Malim meninggal dunia
selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaan pacuan empat
roda Mitsubishi Triton dinaikinya dengan sebuah lori di Tapah, pagi
tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 6.15 pagi itu, Luth Ishak berada di bahagian penumpang hadapan apabila kenderaan dinaikinya bersama tiga yang lain merempuh belakang lori terbabit.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Wan Azharuddin Wan Ismail dilaporkan sebagai berkata, kejadian berlaku apabila lori yang membawa muatan telur ayam dan kekacang itu dipercayai menukar laluan dari lorong kanan ke lorong kiri, menyebabkan pemandu kenderaan pacuan empat roda gagal dikawal.
Pemandu lori berkenaan turut mengalami kecederaan patah kaki.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Wan Azharuddin turut dilaporkan berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
No comments:
Post a Comment