Assalaamualiakum warahmaullahi wabarakaatuh dan selamat sejahtera kepada hadirin sekalian,
Apabila Jepun menyerah kalah dalam Perang
Dunia Kedua dan sebelum British kembali semula ke Semenanjung Tanah
Melayu, Pasukan Bintang Tiga telah bermaharajalela, membunuh dan
menyiksa orang Melayu yang mereka tuduh bersubahat dengan Britisih.
Kumpulan itu adalah nukleus yang
kemudiannya menjadi Parti Kominis Malaya (PKM). Tujuan PKM adalah untuk
menjadikan Malaya sebuah negara kominis ala-China. Tidak siapa pun boleh
menafikan bahawa dengan tertubuhnya negara kominis Malaya, kedudukan
Raja-Raja Melayu, agama Islam, hak keistimewawaan orang Melayu dan
bahasa Melayu akan terhapus. Mereka bukan berjuang untuk memerdekakan
tanah air Mereka. Mereka bukan warganegara negara ini. “Negara ibunda”
mereka adalah negara China.
Apabila British kembali, ada beberapa
orang pemimpin parti-parti kiri Melayu yang lari masuk ke hutan untuk
menyertai PKM. Mereka berbuat demikian semata-mata untuk menyelamatkan
diri daripda ditangkap oleh British, bukan untuk menuntut kemerdekaan
tanah air mereka. Mereka diperalatkan Chin Peng dan PKM untuk mendapat
sokongan orang Melayu. Nasib baiklah orang Melayu tidak terpengaruh
dengan mereka.
Pada masa itulah anak-anak Melayu,
selepas tamat sekolah Melayu, dengan semangat yang berkobar-kobar tanpa
memikirkan keselamatan diri, mula menyahut seruan negara, meninggalkan
kampung halaman untuk menyertai pasukan bersenjata seperti Askar Melayu,
Polis Di Raja Malaysia, Security Corps (SC) dan lain-lain. Tujuan
mereka adalah untuk berperang dan menghapuskan perjuangan PKM itu.
Selepas itu, anak-anak Melayu yang
berpelajaran seperti tuan-tuan menyertai pasukan-pasukan bersenjata
negara dengan tujuan yang sama. Tuan-tuan menyertai PDRM. Bersama-sama
tuan-tuan, terdapat sebilangan anak-anak muda Cina, India dan lain-lain
yang turut sama menyertai PDRM untuk menjaga ketenteraman negara,
termasuk daripada ancaman anggota-anggota PKM.
Banyak di antara pejuang-pejuang ini terkorban dalam perjuangan dan semasa menjalankan tugas mereka, bersama-sama orang awam.
Walau bagaimana pun, dengan kegigihan
mereka semua, dengan kesungguhan pemerintah dan sokongan rakyat,
khususnya orang Melayu, perjuangan PKM dapat dikalahkan.
Penyokong-penyokong PKM dan orang-orang yang bersimpati dengannya diam
seketika.
Tetapi, apabila keputusan PRU 14 memihak
kepada mereka dan tertubuhnya kerajaan baru yang memberi ruang kepada
mereka untuk bergerak, mereka dengan angkuh bangun semula untuk
melanjutkan perjuangan mereka itu. Mereka cuba mengabui mata rakyat
dengan menunjolkan pemimpin-pemimpin PKM itu sebagai pejuang
kemerdekaan. Itu adalah satu pembohongan yang amat nyata.
Orang Melayu, khususnya, dan rakyat
Malaysia yang cintakan negara ini, anmnya, hendaklah waspada akan
kebangkitan semula kumpulan ini. Ancaman ini adalah lebih merbahaya
daripada ancaman ICERD. Bukan sahaja orang Melayu/Islam, malah semua
rakyat Malaysia yang tidak mahu berada di bawah pemerintahan ala-kominis
China, hendaklah bersatu menentang agenda kumpulan ini
berhabis-habisan.
Akhir sekali, saya ingin memperingatkan
tuan-tuan dan puan-puan, terutama sekali orang Melayu, apa yang
dikatakan oleh Arnold J Toynbee, seorang ahli sejarah British, katanya:
“A truly significant mark that the
British Empire can leave in Malaya when she withdraws is the
transformation of this country into the nineteenth province of China.”
“Tanda yang sangat ketara yang Empayar
British boleh tinggalkan di Malaya apabila ia meninggalkannya ialah
transformasi negara ini kepada wilayah ke sembilan belas negara China.”
Mahukah kita perkara seperti itu berlaku?
Sekian. Terima kasih.
tunabdulhamid@gmail.com
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me
No comments:
Post a Comment