Mereka sudah kuasai ekonomi, sekarang mahu kaut duit PBT pula
BANGI
– “Apakah ahli politik Melayu masih mahu berdiam diri apabila parti
rasis dan cauvinis DAP menuntut untuk mengembalikan pilihan raya pihak
berkuasa tempatan (PBT)?,” demikian keluh Presiden gerakan Islam, Ikatan
Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya.
Terdahulu,
dilaporkan bahawa DAP mengulangi tuntutan untuk mengembalikan pilihan
raya PBT dengan menjadikannya antara lapan resolusi yang diluluskan pada
Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019.
Kesemua lapan resolusi itu diluluskan sebulat suara oleh 107 anggota perwakilan yang hadir.
Pihak mereka
mendakwa pilihan raya PBT dituntut bagi membolehkan demokrasi diamalkan
di peringkat akar umbi dan memastikan akauntabiliti PBT kepada rakyat.
Mengulas perkara itu, Aminuddin berkata, DAP hendak meneruskan PBT yang akan menyaksikan semua bandar dikuasai oleh kaum Cina.
“Kita tahu
bandar ini kawasan paling baik untuk ekonomi dan banyak duit. Sudahlah
mereka kuasai ekonomi, sekarang ini mereka akan kuasai pula duit-duit di
PBT,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau turut mempersoalkan tindakan ahli-ahli politik Melayu yang dilihat seolah-olah membisu dalam hal ini.
“Apa
politician Melayu buat? Bab komunis senyap, bab LTTE (Harimau Pembebasan
Tamil Eelam) senyap, bab jawi pun senyap, keselamatan negara terancam
pun tak buat apa-apa.
“Mohonlah
parti-parti semua samada belah sana atau sini, buatlah sesuatu.
Bangunkanlah rakyat. Kamu semua pemimpin, kami hanya rakyat marhaen.
Jangan setakat berdegar-degar dalam dewan tapi senyap di luar.
“Kepimpinan
adalah amanah bukan untuk bermegah dan mengaut ghanmah. Jangan ingat
kamu selesa di atas kerana ada yang mencatit dan menghitung gerak
langkah kamu,” katanya.
Di Malaysia,
pilihan raya PBT tidak pernah dilaksanakan sejak kerajaan Persekutuan
menggantung pelaksanaannya melalui undang-undang darurat pada 1965.
Usaha untuk menghidupkan pilihan raya PBT banyak digerakkan oleh DAP sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lagi.
No comments:
Post a Comment