Taktik tolak ansur berjaya huru-hara negara, 'cairkan' masyarakat
BANGI
– Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) komunis ultra kiasu tetap menang
meskipun perhimpunan hari ini dibatalkan, dakwa pendakwah bebas, Prof Dr
Ridhuan Tee Abdullah.
Beliau mendakwa, tanpa arahan polis
sekalipun, kumpulan pelampau Cina itu akan membatalkan juga perhimpunan
bantah tulisan jawi di sekolah vernakular kerana telah berjaya
menjadikan rakyat kelam kabut dan tidak tahu punca.
“Strategi mereka sejak dahulu tetap sama
iaitu tuntut seekstrem-ekstremnya sehingga semua jadi geram. Mereka tahu
ia tidak masuk akal. Kerajaan yang diterajui orang Melayu dan orang
Melayu sendiri pasti akan marah dan bertindak balas.
“Ultra kiasu komunis tahu itu semua.
Setelah mereka berjaya menunjukkan ‘bertolak ansur’ dengan bersetuju
membatalkan perhimpunan tersebut, maka ramailah orang yang akan memuji
tindakan komunis ini. Maka cairlah kita,” katanya dalam satu kenyataan
semalam.
Semalam, Persekutuan Persatuan-Persatuan
Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) akur dengan perintah
yang mengarahkannya untuk batalkan persidangan berkaitan isu tulisan
jawi pada hari ini.
Ahli Jawatankuasa Dong Zong, Low Chee
Chong berkata, pihaknya tiada pilihan lain melainkan untuk menurut
perintah yang dikeluarkan mahkamah.
Mengulas lanjut, Ridhuan Tee mengingatkan semua pihak untuk tidak terlalu seronok dengan pembatalan kongres itu.
“Strategi mereka telah berjaya. Adakah
kita akan terus bertindak ‘action oriented’ iaitu bila komunis ini mahu
berhimpun, kita pun terus bertindak balas. Atau kita mesti proaktif
untuk berhadapan mereka.
“Justeru, buatlah strategi dari sekarang
untuk berhadapan dengan ultra kiasu komunis ini. Sudah tentu paling
berkesan, bersatulah kita sebagai umat Islam dalam menghadapi sebarang
kemungkinan. Selagi mana kita berpecah, selagi itulah musuh terus
mengambil kesempatan,” kata beliau.
No comments:
Post a Comment