Tindakan tak rasional merumitkan banyak perkara
BANGI
– Tindakan kerajaan menamatkan pemberian insentif perkhidmatan kritikal
bukan satu tindakan rasional tetapi lebih kepada memangsa, melemah dan
merumitkan banyak perkara.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Haji
Khairil Nizam Khirudin berkata, belum tiba masanya negara membincangkan
mengenai kawalan saiz perkhidmatan awam.
“Kami melihat, belum masanya negara
membicarakan mengenai kawalan saiz perkhidmatan awam dan menyatakan
kebersamaan dengan para penjawat awam.
“Kami gesa kerajaan kaji perjawatan yang
memerlukan elaun berkaitan, bukan pemansuhan atau ketidakselarasan yang
bakal melemahkan motivasi perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan
semalam.
Pada masa sama, Khairil menyifatkan
pekeliling baharu Kerajaan Persekutuan tidak dilihat sebagai satu
langkah pengukuhan, malah dilihat sebagai satu motif yang berkaitan
dengan politik.
“Pekeliling baharu Kerajaan Persekutuan
berkaitan pemberian elaun perkhidmatan awam hakikatnya tidak dilihat
sebagai satu langkah pengukuhan, sebaliknya dicurigai menghala ke satu
motif berkaitan politik.
“Dalam pada itu, banyak pihak melihat ia berada dalam kerangka untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam di negara ini,” katanya.
Mengulas lanjut perkara itu, Khairil
berkata, perkhidmatan awam dikatakan sebagai jentera terpenting dalam
kerajaan yang menjadi penghubung kepada rakyat.
Malah, katanya, tindakan yang dilakukan
berkaitan jumlah perjawatan ini adalah satu langkah mengundur ke
belakang oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Perkhidmatan awam selaku jentera
terpenting kerajaan menjadi penghubung dengan rakyat yang memerlukan
keupayaan mereka sentiasa diperkasakan.
“Oleh itu, tindakan berkaitan jumlah
perjawatan dan elaun ini adalah satu langkah berundur ke belakang yang
dibuat pihak kerajaan PH. Ia pasti memberi kesan negatif di masa
hadapan,” katanya.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed
Saddiq mengumumkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bersetuju
bagi menangguhkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
(BIPK) bagi penjawat awam 33 Skim Perhidmatan Krtitikal.
Beliau berkata demikian, menerusi rakaman
video di laman Twitter rasminya, Syed Saddiq berkata, Dr Mahathir juga
setuju untuk membincangkan isu berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pertama
tahun hadapan.
“Sebentar tadi saya berbincang dengan
Perdana Menteri berkenaan isu elaun kritikal dalam pekeliling baharu JPA
(Jabatan Perkhidmatan Awam).
“Alhamdulillah, Perdana Menteri bersetuju
untuk menangguhkan pekeliling JPA yang baharu mengenai elaun kritikal
dan Kabinet akan bersama-sama membincangkan isu ini pada Mesyuarat
Kabinet yang pertama pada Januari depan,” katanya.
No comments:
Post a Comment