Polis cari Wai Chen untuk bantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto PDRM
KAJANG - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang mengesan
seorang lelaki, Sam Wai Chen, 41, bagi membantu siasatan berhubung kes
bunuh pemandu e-hailing di Taman Berjaya di Kajang pada 13 Disember
lalu.
Ketua
Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof
berkata, lelaki itu yang juga dikenali sebagai Gemuk atau Koko dikesan
berada di alamat terakhir di Casa Magna Blok B, No 2 Jalan Prima 10,
Metro Prima Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
"Lelaki ini diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Orang
ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini juga diminta
menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Siti Sarah Aisyah
Saad di talian 016 4064202,” katanya dalam satu kenyataan di sini
semalam.
Pada 14 Disember lalu Sinar Harian melaporkan, pemandu
e-hailing ditemui maut selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di
sebuah premis di Taman Berjaya, Kajang.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing maut bergaduh di Kajang
Mangsa
berusia 30-an itu dipercayai datang ke premis terbabit untuk berjumpa
dengan seorang daripada pekerja di premis berkenaan.
Bagaimanapun,
perselisihan faham antara mereka menyebabkan berlakunya pergaduhan
sebelum mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.
No comments:
Post a Comment