Isma Gombak buat laporan polis berhubung himpunan komunis
BANGI – Polis digesa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap
penganjur serta pihak yang terbabit dengan perjumpaan bekas anggota
Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej swasta di Kajang, Ahad lalu.
Yang Dipertua gerakan Islam, Ikatan
Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Gombak, Hj Abdul Samad Ashaari
berkata, tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak berkenaan kerana
mengeksploitasi ideologi pengganas komunis yang boleh mengancam keamanan
negara.
“Sejak belakangan ini nampak mereka
semakin berani mengetengahkan agenda komunisme dalam bentuk yang
terancang, bermula dengan isu komik propaganda komunis yang diedar di
sekolah-sekolah.
“Terbaru isu bendera Malaysia memaparkan
lima bintang dan kini perhimpunan bekas anggota PKM di Kajang,” katanya
selepas membuat laporan polis berhubung perhimpunan dihadiri bekas
anggota PKM di Kolej Universiti New Era di Kajang, kelmarin.
Menurut laporan media, kira-kira 300
orang menghadiri perjumpaan yang dipercayai membabitkan bekas ahli PKM,
kelmarin antara lain dikatakan bagi memperingati ulang tahun ke-30
Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan
PKM pada 2 Disember 1989.
Lebih menimbulkan persoalan apabila Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Ronnie Liu dan veteran PKR, Syed Husin
Ali hadir dalam perhimpunan berkenaan, seolah-olah memberi restu kepada
perhimpunan berkenaan.
Terdahulu, terdapat cubaan menyebarkan
ideologi komunis dalam buku komik dan seterusnya diikuti dengan tindakan
membawa balik abu mayat ketua pengganas, Chin Peng pada 16 September
lalu.
No comments:
Post a Comment