Mereka yang jahil sejarah saja tak peka dengan peristiwa berlaku
BANGI
– Perhimpunan bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sebuah kolej
swasta di Kajang, Ahad lalu telah mendedahkan bahawa masih ada benih
fahaman yang melampau di negara ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dalam satu kenyataan menegaskan, hanya mereka yang jahil sejarah tanah
air dan negara sahaja tidak peka dengan peristiwa ini.
Beliau turut menyifatkan isu abu mayat
Chin Peng yang diseludup masuk ke tanah air serta perhimpunan bekas
anggota PKM baru-baru ini sebagai kembar penjajah.
“Walaupun Chin Peng sudah menjadi abu
yang ditaburkan, pertelingkahan mengenainya berlaku bukan hanya cerita
abu dan habuk sahaja, tetapi selepas itu diadakan majlis sambutan yang
diatur oleh pihak yang mendedahkan diri mereka sebagai menghargai
perjuangan Chin Peng.
“…atau sekadar memperingati perjuangannya
menentang penjajah British tanpa menilai ideologi perjuangan yang
menegakkan ideologi komunis dan kembarnya sosialis,” katanya.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang
memaklumkan bahawa Chin Peng yang juga pemimpin PKM telah dianugerahkan
Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu
British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.
“Itu menunjukkan betapa hubungan
ideologinya dengan penjajah British laksana kembar siam, seperti tangan
kanan dan tangan kiri dalam satu jasad.
Sebuah portal berita sebelum ini
melaporkan abu mayat Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, dibawa
masuk ke Malaysia pada 16 September lalu dan ditabur ke laut
berhampiran Lumut, Perak dan di hutan banjaran Titiwangsa tanpa sebarang
tugu atau jirat.
Beberapa media turut melaporkan lebih 300
individu, termasuk bekas ahli PKM mengadakan perjumpaan dalam satu
majlis memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai di Kajang,
pagi Ahad.
Isu mengenai komunis kembali menjadi
polemik susulan kepulangan abu mayat Chin Peng, dengan ada yang
mempertahankan tindakan itu kerana menepati Perjanjian Damai Hatyai, di
samping yang mengkritik kerana mengguris hati keluarga mangsa anggota
polis, tentera dan orang awam yang menjadi korban keganasan komunis.
No comments:
Post a Comment