Skuad tamatkan Sukan Sea ke-30 dengan kejayaan gemilang
NEW CLARK CITY (Filipina)- Skuad boling padang negara, menamatkan kempen Sukan SEA ke-30 di
Filipina dengan kejayaan gemilang selepas mencatat empat pingat emas dan
dua gangsa dalam acara berkenaan yang melabuhkan tirai di CDC Lot of
Friendship Gate di sini, hari ini.
Pada aksi terakhir acara berkenaan,
Malaysia berjaya menambah satu pingat emas dan satu pingat gangsa,
masing-masing menerusi acara men’s fours dan women’s triples.
Emas tunggal negara disumbangkan menerusi
gandingan Muhammad Idham Amin, Daeng Dhadyry Dahasry, Zulhilmie Redzuan
dan Fairul Izwan Abd Muin yang mencatat kemenangan selesa 24-6 ke atas
Brunei selepas 13 ends.
Trio wanita negara yang dibarisi Auni
Fathiah Kamis, Zuraini Khalid dan Azlina Arshad pula menyumbang pingat
gangsa setelah menewaskan pasukan Brunei menerusi kemenangan 17-15 pada
aksi penentuan pingat gangsa yang melibatkan 17 ends, manakala pingat
emas diraih Singapura yang mengatasi Filipina dengan keputusan 16-13
pada aksi final.
Sebagai rekod, Malaysia sebelum ini
meraih tiga emas dalam acara men’s triples, women’s pairs dan women’s
fours, selain satu gangsa dalam acara men’s pairs.- Bernama
No comments:
Post a Comment