ISMA WEB
Kenyataan seolah-olah tuduh institusi Islam zalim kepada LGBTQ
BANGI– Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) mengutuk
keras tindakan 41 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong
kenyataan fitnah Numan Afifi terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim).
Memandang
serius perkara itu, Ketua Media Muafakat, Haji Rashidi Haris berkata,
perbuatan menabur fitnah terhadap institusi kerajaan yang paling
dipercayai dalam menjaga kesucian agama Islam sehingga ke peringkat
antarabangsa amat mendukacitakan.
“Baru-baru
ini seorang aktivis songsang yang memperjuangkan hak LGBTQ, Numan Afifi
telah membuat kenyataan fitnah terhadap Jakim secara terbuka di
persidangan UNHRC di Geneva, dan mendapat tentangan dan kritikan dari
beberapa NGO Islam yang mengutuk tohmahan tidak berasas itu dan
mempertahankan institusi Islam berkenaan.
“Tetapi
tiba-tiba muncul 41 NGO yang berpakat memberi sokongan penuh terhadap
kenyataan fitnah Numan Afifi itu dan disiarkan dalam akhbar Malaymail.
“Kononnya
kumpulan 41 NGO ini mempunyai bukti bagi menyokong kenyataan mereka
bahawa memang terdapat program anjuran Jakim dikatakan mempunyai unsur
keganasan anjuran kerajaan (state-sponsored violence),” katanya dalam
satu kenyataan, hari ini.
Mengulas
lanjut, Rashidi berkata, tindakan ini seolah-olah ingin mendakwa
institusi Jakim yang paling dipercayai oleh seluruh umat Islam untuk
menjaga kesucian Islam juga tidak boleh dipercayai, tidak amanah kerana
bersikap zalim dan ganas terhadap golongan LGBTQ.
Walhal, program berkenaan sebenarnya adalah program kesedaran dan pemulihan, kata Rashidi.
Numan
Afifi dalam ucapan di UNCHR, Mac lalu menyatakan bahawa kerajaan telah
mendanai ‘program keganasan’ ke atas golongan LGBT seperti Mukhayyam
yang dilaksanakan oleh Jakim, serta membantah program terapi pemulihan
untuk pengamal seks songsang.
Kumpulan 41 NGO yang menyokong kenyataan fitnah Numan Afifi terhadap Jakim sebagaimana disiarkan dalam MalayMail adalah:
1. Justice for Sisters
2. Queer Lapis
3. Seksualiti Merdeka
4. Malaysian Atheists and Secular Humanists
5. Parti Sosialis Malaysia
6. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
7. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
8. Projek Ilmu Seks
9. L-INC Foundation
10. Beyond Borders
11. PLUHO, People Like Us Hang Out!
12. PLUsos (People Like Us Support Ourselves)
13. PELANGI Campaign
14. Our Journey, Malaysia
15. KLSCAH Youth
16. KL Queer Women Discussion Group
17. The Malaysian Feminist
18. Transmen of Malaysia
19. All Women Action Society (AWAM)
20. The Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM)
21. Tenaganita
22. North South Initiative (NSI)
23. Foreign Spouses Support Group (FSSG)
24. Community Development Centre (CDC)
25. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
26. Center of Excellence for Research in AIDS (CERIA)
27. Queer Academics, Students and Supporters Alliance (QUASSA)
28. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
29. Diversity
30. Malaysian AIDS Council (MAC)
31. Malaysia Muda
32. PT Foundation
33. SEED Malaysia
34. Pertubuhuan Kebajikan dan Kesihatan Umum (PPKUM)
35. BIKAR ALAM
36. BENTARAKATA
37. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
38. GERAK (Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia)
39. Women Center for Change (WCC)
40. Women’s Aid Organization (WAO)
41. ASEAN SOGIE Caucus
2. Queer Lapis
3. Seksualiti Merdeka
4. Malaysian Atheists and Secular Humanists
5. Parti Sosialis Malaysia
6. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
7. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
8. Projek Ilmu Seks
9. L-INC Foundation
10. Beyond Borders
11. PLUHO, People Like Us Hang Out!
12. PLUsos (People Like Us Support Ourselves)
13. PELANGI Campaign
14. Our Journey, Malaysia
15. KLSCAH Youth
16. KL Queer Women Discussion Group
17. The Malaysian Feminist
18. Transmen of Malaysia
19. All Women Action Society (AWAM)
20. The Society for the Promotion of Human Rights (PROHAM)
21. Tenaganita
22. North South Initiative (NSI)
23. Foreign Spouses Support Group (FSSG)
24. Community Development Centre (CDC)
25. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
26. Center of Excellence for Research in AIDS (CERIA)
27. Queer Academics, Students and Supporters Alliance (QUASSA)
28. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
29. Diversity
30. Malaysian AIDS Council (MAC)
31. Malaysia Muda
32. PT Foundation
33. SEED Malaysia
34. Pertubuhuan Kebajikan dan Kesihatan Umum (PPKUM)
35. BIKAR ALAM
36. BENTARAKATA
37. Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)
38. GERAK (Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia)
39. Women Center for Change (WCC)
40. Women’s Aid Organization (WAO)
41. ASEAN SOGIE Caucus
No comments:
Post a Comment