ISMA WEB
UPEN setuju Myballoon Adventure Sdn Bhd tawar perkhidmatan
MELAKA– Melaka merancang menawarkan perkhidmatan belon udara panas sebagai
tarikan untuk sektor pelancongan negeri itu, menurut Unit Perancang
Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka.
Dalam satu
kenyataan di sini, hari ini, UPEN Melaka memaklumkan syarikat Myballoon
Adventure Sdn Bhd (MBA) berhasrat menawarkan perkhidmatan itu
berdasarkan keunikan bandar Melaka, selain lokasinya tidak jauh dari
Kuala Lumpur yang dijangka akan menarik ramai pelancong untuk menaiki
belon udara panas.
“Perkhidmatan
penerbangan belon udara panas ini boleh menjadi tarikan baharu untuk
sektor pelancongan Melaka yang mana pelancong berpeluang menikmati
pemandangan negeri Melaka dari udara.
“Kerajaan
negeri menyokong program ini dan berharap ia dapat membantu Melaka
mencapai sasaran 20 juta orang pelancong ke Melaka bersempena Tahun
Melawat Melaka 2019,” kata kenyataan itu.
MBA telah
membuat penerbangan percubaan untuk menentukan kesesuaian kawasan
perkhidmatan belon panas itu demi keselamatan penumpang, semalam bermula
dari Stadium Hang Jebat menuju ke Klebang, yang mempunyai banyak
kawasan lapang untuk pendaratan selamat.
MBA telah
menawarkan perkhidmatan penerbangan belon udara panas secara komersial
di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang sejak 2015 dan ia telah
berjaya menarik ramai pelancong tempatan dan luar negara.
Pada tahun lepas, MBA telah membawa sebanyak 480 pelancong asing dari 30 buah negara melalui perkhidmatan itu. – Bernama
No comments:
Post a Comment