OLEH NADIAH ZAMLUS
SHAH
ALAM: Kerajaan Selangor tidak pernah memansuhkan Skim Mesra
Usia Emas (SMUE) seperti yang didakwa segelintir pihak, baru-baru ini.
Dato’
Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sebaliknya pengumuman pemberian
baucar Jom Shopping kepada peserta SMUE adalah untuk lebih menghargai
penat lelah golongan itu yang banyak berjasa kepada negeri ini.
Katanya, pemberian baucar itu bagi mengantikan bantuan khairat kematian SMUE yang hanya ditujukan kepada waris sahaja.
“Hakikatnya
SMUE adalah program untuk warga emas, kita mahu menghargai mereka
ketika masih hidup dan bukannya memberi sumbangan setelah mereka tiada
dengan memberikan wang menguruskan jenazah dan juga keranda apabila
meninggal dunia.
“Inisiatif ini diambil hasil pertemuan dengan
warga emas beberapa bulan lepas, tetapi ada yang salah faham seolah-olah
Kerajaan Negeri batalkan program berkenaan, sedangkan tidak,” katanya.
Beliau
menjelaskan perkara itu dalam ucapan perasmian Majlis Anugerah
Kecemerlangan UPSR 2018 bagi pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) di Auditorium Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.
Mengulas
lanjut, Amirudin berkata, buat masa ini Kerajaan Negeri mengumumkan
peruntukan RM100 setahun kepada warga emas seluruh Selangor.
“Sekiranya kewangan negeri bertambah baik, kita akan tambah baik program ini pada masa hadapan.
“Ini
memperlihatkan Kerajaan Selangor sentiasa prihatin kepada rakyatnya
dari seawal usia kelahiran hingga ke peringkat warga emas,” katanya.
Sebelum
ini, Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian baucar Jom Shopping kepada
peserta bawah SMUE bermula Oktober sebagai ganti pembayaran khairat
kematian kepada waris peserta skim terbabit.
Program yang
memperuntukkan RM20 juta setahun itu akan memberi manfaat kepada lebih
200,000 warga emas semasa mereka masih hidup berbanding manfaat diterima
mereka sebelum ini.
Program ini bertepatan dengan hasrat Kerajaan
Negeri yang menghargai golongan warga emas dan mahu mereka menikmati
hasil negeri ketika mereka masih hidup.
No comments:
Post a Comment