DIALOG RAKYAT

MELAPORKAN BERITA-BERITA PELBAGAI TOPIK SEMASA...

Saturday, April 27, 2019

Pihak anti Statut Rom sebar hujah palsu kedaulatan negara tergugat, kata bekas diplomat



Adam Abu Bakar dan Ainaa Aiman

KUALA LUMPUR: Seorang bekas diplomat yang mencadangkan supaya Malaysia meratifikasi Statut Rom mengkritik pihak anti statut itu yang menyebarkan sentimen perkauman dan keagamaan dengan menggunakan hujah palsu bagi menolaknya.

Bekas duta ke Belanda, Noor Farida Ariffin berkata, Malaysia sebelum ini sudah meratifikasi Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1948 yang turut tidak membenarkan imuniti ketua negara.

“Sama ada kita bersetuju atau tidak mengenai Statut Rom, jika mana-mana anggota tentera kita atau mana-mana ahli Kabinet atau perdana menteri memerintahkan angkatan tentera kita melakukan jenayah penghapusan etnik, mereka tetap boleh diambil tindakan,” katanya.

Ketika ditemui selepas satu forum awam bertajuk Malaysia dan Statut Rom di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM), Noor Farida berkata, di bawah konvensyen itu perlu ada bukti atau penglibatan langsung pihak eksekutif atau pemerintah yang memberi arahan supaya genosid itu dilakukan.
Noor Farida menjelaskan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh sewenang-wenangnya didakwa berikutan kedudukan sebagai ketua istiadat angkatan tentera kerana arahan eksekutif datangnya daripada perdana menteri atau Kabinet.

Beliau berkata, sebagai negara bertanggungjawab dan dihormati masyarakat antarabangsa, Malaysia tidak mungkin tidak menyerahkan individu yang disyaki melakukan jenayah serius terhadap komuniti antarabangsa kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Seperti disebutkan sebelum ini, ICC adalah sebuah mahkamah penyelesaian terakhir,” katanya.

Menurut Noor Farida, ini bermakna ratifikasi Statut Rom tidak secara automatik menyebabkan kedaulatan negara terhakis kerana negara anggota mempunyai hak asasi untuk membicarakan individu terbabit di mahkamah kebangsaan mereka.

“Prinsip pelengkap ini perlu difahami dalam konteksnya yang tepat dan sepenuhnya yang bermakna bidang kuasa ICC hanya akan terpakai apabila negara terbabit tidak bersedia atau tidak mampu menjalankan siaatan atau membuat pendakwaan.”

Bagaimanapun kata Farida, bagi membolehkan prinsip pelengkap yang disebut di dalam statut tersebut terlaksana, Malaysia perlu memasukkan peruntukan daripada ICC ke dalam undang-undang domestik.

4 jenayah di bawah statut berkenaan yang perlu dimasukkan ke dalam Kanun Acara Jenayah sebelum mahkmah tempatan boleh mendakwa mana-mana individu adalah genosid, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah pencerobohan dan jenayah perang.

Farida berkata, walaupun Malaysia tidak menyertai triti itu, Majlis Keselamatan PBB masih boleh merujuk kepada pendakwa ICC supaya menyiasat negara ini jika ia terlibat melakukan mana-mana 4 jenayah kejam itu.

“Disebabkan itu, hujah yang menyebut bahawa Yang di- Pertuan Agong boleh didakwa atau hujah bahawa kita menjadi lebih rendah daripada ICC adalah tidak benar,” katanya.

Mac lepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia akan menarik diri daripada Statut Rom berikutan tekanan beberapa pihak, terutamanya Raja-raja Melayu.

Terdahulu satu memorandum yang disediakan oleh 4 ahli akademik dikemukakan kepada Majlis Raja-raja berhubung isu Statut Rom dan dikatakan menjadi punca menyebabkan Raja-raja enggan memberi persetujuan membenarkan Malaysia meratifikasi statut berkenaan.

Memorandum berkenaan didedahkan di laman Facebook oleh sekumpulan pelajar diketuai graduan undang-undang Asheeq Ali.

Farida berkata, Pejabat Peguam Negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini merupakan satu-satunya agensi kerajaan yang membantah penyertaan Malaysia dalam Statut Rom.

Katanya, bekas menteri luar, Anifah Aman juga enggan menandatangani instrumen penyertaan triti berkenaan.

Beliau berkata, sekiranya Malaysia menyertai Statut Rom, kerajaan boleh merujukkan kes seperti pesawat Penerbangan Malaysia yang ditembak jatuh di Ukraine supaya disiasat oleh pendakwa ICC.

“Kita juga boleh merujukkan genosid masyarakat Uighur di China atau orang Rohingya di Burma kepada ICC.”

Beliau berkata, keputusan untuk meratifikasi atau menyertai mana-mana triti antarabangsa merupakan keputusan eksekutif.

“Di negara lain, ia didebatkan di Parlimen dan Parlimen perlu memberi kelulusan.

“Dalam kes kita, tidak perlu merujuk kepada Agong. Kita tidak perlu merujuk Majlis Raja-raja dan tidak perlu merujuk kepada Parlimen.”

Beliau juga percaya, kerajaan bertindak terburu-buru dalam mengumumkan penarikan diri daripada perjanjian itu.

“Sekarang mereka sepatutnya membentuk sebuah jawatankuasa pakar dan merancang strategi komunikasi yang sesuai.

“Oleh sebab itulah kita adakan forum ini bagi menggalakkan perbincangan mengenai Statut Rom dalam kalangan orang awam supaya rakyat faham dan tidak berasa takut mengenainya.

“Ia bukan agenda kuasa besar,” katanya dengan menambah bahawa negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China tidak merupakan anggota triti tersebut.

Katanya gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan forum tersebut akan menghantar satu memorandum kepada kerajaan dengan memperincikan cadangan mereka dan menggesanya menimbangkan semula keputusan menarik diri daripada Statut Rom.

NGO terbabit antara lain adalah Ikram, Sisters in Islam, Patriot dan G25.



Posted by ELBI RISALAH at 4/27/2019 08:40:00 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PENTADBIRAN

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

TRANSLATE /TERJEMAH LAIN-LAIN BAHASA



KUNJUNGI MEDAN BERITA POLITIK DALAM KEMBAR BLOG:
  • AR RISALAH الــرســالـة
    ‘Ini macam tersilap tekan butang’
    3 years ago

IKLAN : - SUASANA SEMASA DI HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI. SUNGAI BESAR.

IKLAN : -  SUASANA SEMASA DI HOMESTAY JKKK SUNGAI HAJI DORANI. SUNGAI BESAR.
BULAN JANUARI 2022.... Kerja-kerja mengambil hasil sawah padi menggunakan jentuai sudah bermula di sekitar kampung Sungai Haji Dorani. Di jangka akhir bulan Januari 2022 semua sawah habis diambil hasilnya....Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)Pelawat yang ingin berkunjung ke HOMESTAY JKKK , sila dapatkan maklumat awal ke talian 019-911 4470 (P)

JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK 2008 SEHINGGA KINI :



Sedang Online Sekarang

hit counter

PENGIKUT / PEMBACA TETAP :

LOKASI PENGUNJUNG MAYA

PAUTAN BUKAN AKHBAR

  • WFAUZDIN NS
  • CERITA RAKYAT NUSANTARA
  • BANJAR SUNGAI GANAL
  • HUSIN LEMPOYANG
  • CENANGAU
  • TRANUNGKITE
  • ROSLAN SMS
  • FAMILI AZAM
  • AL HUSSEYN
  • KADIR JASIN

AKHBAR RUJUKAN BERITA

  • ASTRO AWANI
  • MEDIA SELANGORKU
  • ROKET KINI .COM
  • KEADILAN DAILY
  • BERNAMA
  • SABAH DAILY
  • HARIAN METRO
  • NST ONLINE
  • MSTAR ONLINE
  • MALAYSIA KINI
  • SINAR HARIAN
  • HARAKAH DAILY
  • AGENDA DAILY
  • SUARA MERDEKA
  • MALAYSIA NOW
  • UTUSAN TV
  • MALAYSIA POST
  • KOSMO ONLINE
  • BERITA HARIAN ONLINE
  • UTUSAN ONLINE
  • UMNO ONLINE
  • MALAYSIA GAZETTE
  • MALAYSIA TODAY
  • BULETIN TV3

TAJUK BERITA BULAN INI

  • ►  2022 (860)
    • ►  February (120)
    • ►  January (740)
  • ►  2021 (8478)
    • ►  December (731)
    • ►  November (747)
    • ►  October (667)
    • ►  September (666)
    • ►  August (756)
    • ►  July (678)
    • ►  June (747)
    • ►  May (728)
    • ►  April (776)
    • ►  March (611)
    • ►  February (661)
    • ►  January (710)
  • ►  2020 (6430)
    • ►  December (663)
    • ►  November (767)
    • ►  October (525)
    • ►  September (455)
    • ►  August (581)
    • ►  July (592)
    • ►  June (521)
    • ►  May (494)
    • ►  April (350)
    • ►  March (466)
    • ►  February (473)
    • ►  January (543)
  • ▼  2019 (5515)
    • ►  December (435)
    • ►  November (352)
    • ►  October (311)
    • ►  September (341)
    • ►  August (385)
    • ►  July (349)
    • ►  June (410)
    • ►  May (619)
    • ▼  April (606)
      • Siapa Pekak? Mahathir atau Dr Asri?
      • DUN S'wak gantung wakil rakyat DAP 12 bulan
      • TMJ mohon maaf dakwa saya beli Porsche guna dana K...
      • Inkues Adib: Mahkamah benar panggil semula pakar HKL
      • Arahan ke Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam
      • PAS-Umno Pasir Salak tidak mahu berpecah lagi
      • PAS kesal tangkapan terhadap Muhammad Zamri Vinoth
      • Dr M jangka Raja-Raja akan putuskan CJ baru minggu...
      • PH hilang populariti: Itu pendapat Anwar, kata Dr M
      • Maruah Malaysia tercalar, kalah kepada Itali
      • Malaysia tidak buka kedutaan di Israel - Marzuki
      • Mazlan Bujang pengerusi Bersatu Johor
      • ‘Walaupun kuat sembahyang, tapi bila duit datang t...
      • FAM gesa pemimpin bola sepak M’sia timba ilmu dari...
      • Hari ke-11: Para pegawai bank lulus pindah RM4b ke...
      • Kalau buka tudung, Che Ta rasa macam masuk neraka
      • PH Sabah pertahan calon DAP selepas gotong-royong ...
      • Ada yang lebih berfaedah dari bawa BTS ke Bukit Jalil
      • Hina Raja-Raja: Apakah AG akan dakwa diri sendiri,...
      • Deruan angin bawa gerun
      • SPRM tahan bekas pegawai khas menteri
      • Tindakan tegas terhadap peniaga 'cili plastik' - K...
      • Pelantikan Lajim Ukin tepati kriteria pemerhati pi...
      • USM dapat lebih banyak dana dari Putrajaya berband...
      • Asri dakwa Islam dalam keadaan ‘tidak begitu selam...
      • Tak perlu buang masa siasat forum Statut Rom, akti...
      • Cucu tak setuju Dr. M jadi PM semula
      • Mengenai jantung anda
      • Selangor tidak pernah mansuh SMUE
      • Jenayah Sultan Johor dakwaan Dr Syed Husin
      • Terap teknik dakwah dekati golongan LGBT
      • Letak kembali sektor pendidikan di landasannya
      • UMNO jangan harap undi protes semata-mata
      • Minum sawit tidak langgar peraturan DUN
      • Putrajaya tidak strategik dijadikan hab rel
      • Peguam Negara tegaskan Agong tidak dikehendaki ber...
      • Kerjasama Pas-UMNO lebih baik dari Bersatu
      • Bersih 2.0 pertikai SPR lantik ahli politik sebaga...
      • Kerajaan dipandu kehendak 'busa Bangsar'
      • Demi negara PAS bantu PBS di Sandakan
      • Najib: Penyatuan PAS-Umno hasil usaha senyap saya ...
      • Anwar ada lagi 'rahsia' PAS
      • Waris keturunan Datuk Bentara Luar beri tempoh 3 b...
      • RM110 juta diperuntuk aktiviti Tahun Melawat Malay...
      • Mansuh matrikulasi: DAP kolot, tak faham hala tuju...
      • Ada pihak manipulasi akaun bank Najib
      • Himpunan Perpaduan Ummah amaran kepada DAP
      • Pengerusi PAN Sabah keluar parti, tanding tiket bebas
      • Tak payah sebut Raja Melayu ini baru – Mahadzir Kh...
      • Perkasa gesa KDN, KPN jelas pembubaran STAGG, STAF...
      • Sesak teruk selepas Jalan TAR ditutup
      • Pihak anti Statut Rom sebar hujah palsu kedaulatan...
      • Pendaki Malaysia kritikal selepas terkandas di Gun...
      • Saya nasihat kerajaan ratifikasi Statut Rom – Tomm...
      • Raja-Raja Melayu sudah lama tidak kebal – Tommy
      • Saya tahu apa rakyat Sandakan mahu, kata calon PBS
      • Bina surau guna batu sungai
      • Ahli gabungan Kafa mahu Bibi Ramjani undur secara ...
      • Kadar zakat fitrah Selangor kekal
      • Buang bayi setiap 3 hari
      • Takut serang balas, ramai umat Islam Sri Lanka tak...
      • Interaksi konsep 'Rahmatan Lil Alamin' capai 50 pe...
      • Barang kawalan sempena Aidilfitri ditambah - Saifu...
      • Flat retak, lebih 200 penghuni dipindah
      • Salahkan bank, Lim tunjuk sikap 'mesra pemaju' - KJ
      • PKR terima kajian Merdeka Center, tak setuju perat...
      • Lima penjuru di Sandakan
      • Aktivis pelajar: PH tak patut salahkan orang lain ...
      • Forum Statut Rom kecoh
      • PH akan kalah dalam PRU semula
      • PERLEMBAGAAN BATAL : PANDANGAN MAHATHIR – AZIZ BARI
      • Kajian: Populariti Dr M merosot, hanya 39% pengund...
      • RON97 naik 1 sen
      • Tarikh permulaan puasa akan diisytihar melalui rad...
      • Muhyiddin nafi wujud dua team dalam Bersatu
      • Keterangan saksi prosiding Najib bercanggah
      • Saifuddin, jangan hina golongan akademik
      • Mahfuz gagal rayuan kes saman Hasan Ali
      • Hospital Gua Musang berhadapan tindakan disaman
      • Daripada bawa K-Pop lebih baik tumpu nasib industr...
      • Kes SRC akan 'telanjangkan' lebih ramai orang, kat...
      • Matrikulasi: Tambah jumlah pelajar bukan penyelesa...
      • Logo DAP akan digunakan di Sandakan - Shafie Apdal
      • Larangan merokok di tempat makan dilanjut hingga D...
      • PRK Sandakan: Jangan guna aset kerajaan untuk raih...
      • Roti jatuhkan seorang presiden
      • Siput ancam tanaman padi
      • 'Rahmatan lil alamin' akan jadi dasar baharu
      • Pangku jenazah isteri kemalangan
      • Artis popular mula sibuk buat persiapan jualan di ...
      • PM diminta tak panjangkan pertelingkahan dengan Johor
      • Denda RM2,000 guna gelaran datuk
      • Parah jatuh tingkat 3
      • “Saya berpuasa, saya orang Islam”, kata Shahidan s...
      • PH MEMANG PAKAR JUAL ASET NEGARA-NAJIB
      • TONY PUA TAK FAHAM BAHASA
      • Geng Ustaz desak Asmuni mohon maaf secara terbuka
      • Anak mendiang Wong jadi calon DAP di PRK Sandakan
      • Ketika AG di kandang tertuduh atas tuduhan menghin...
      • MB Johor: Ini exco pilihan saya, bukan tim Muhyiddin
    • ►  March (656)
    • ►  February (511)
    • ►  January (540)
  • ►  2018 (7297)
    • ►  December (529)
    • ►  November (332)
    • ►  October (354)
    • ►  September (506)
    • ►  August (588)
    • ►  July (589)
    • ►  June (760)
    • ►  May (693)
    • ►  April (848)
    • ►  March (616)
    • ►  February (660)
    • ►  January (822)
  • ►  2017 (6325)
    • ►  December (413)
    • ►  November (301)
    • ►  October (562)
    • ►  September (658)
    • ►  August (509)
    • ►  July (613)
    • ►  June (754)
    • ►  May (763)
    • ►  April (381)
    • ►  March (510)
    • ►  February (453)
    • ►  January (408)
  • ►  2016 (7807)
    • ►  December (360)
    • ►  November (385)
    • ►  October (591)
    • ►  September (425)
    • ►  August (616)
    • ►  July (634)
    • ►  June (849)
    • ►  May (740)
    • ►  April (756)
    • ►  March (870)
    • ►  February (712)
    • ►  January (869)
  • ►  2015 (8808)
    • ►  December (900)
    • ►  November (511)
    • ►  October (853)
    • ►  September (836)
    • ►  August (795)
    • ►  July (710)
    • ►  June (769)
    • ►  May (719)
    • ►  April (627)
    • ►  March (703)
    • ►  February (666)
    • ►  January (719)
  • ►  2014 (8225)
    • ►  December (734)
    • ►  November (606)
    • ►  October (658)
    • ►  September (617)
    • ►  August (802)
    • ►  July (627)
    • ►  June (644)
    • ►  May (845)
    • ►  April (680)
    • ►  March (656)
    • ►  February (606)
    • ►  January (750)
  • ►  2013 (9409)
    • ►  December (731)
    • ►  November (676)
    • ►  October (655)
    • ►  September (662)
    • ►  August (617)
    • ►  July (768)
    • ►  June (752)
    • ►  May (1002)
    • ►  April (918)
    • ►  March (1008)
    • ►  February (797)
    • ►  January (823)
  • ►  2012 (10822)
    • ►  December (742)
    • ►  November (799)
    • ►  October (773)
    • ►  September (876)
    • ►  August (871)
    • ►  July (1122)
    • ►  June (938)
    • ►  May (853)
    • ►  April (999)
    • ►  March (961)
    • ►  February (893)
    • ►  January (995)
  • ►  2011 (12068)
    • ►  December (810)
    • ►  November (899)
    • ►  October (1040)
    • ►  September (1144)
    • ►  August (1330)
    • ►  July (1159)
    • ►  June (1015)
    • ►  May (903)
    • ►  April (1042)
    • ►  March (931)
    • ►  February (880)
    • ►  January (915)
  • ►  2010 (10323)
    • ►  December (852)
    • ►  November (701)
    • ►  October (1015)
    • ►  September (931)
    • ►  August (928)
    • ►  July (1088)
    • ►  June (811)
    • ►  May (1142)
    • ►  April (955)
    • ►  March (607)
    • ►  February (656)
    • ►  January (637)
  • ►  2009 (7591)
    • ►  December (690)
    • ►  November (822)
    • ►  October (750)
    • ►  September (644)
    • ►  August (762)
    • ►  July (751)
    • ►  June (788)
    • ►  May (617)
    • ►  April (558)
    • ►  March (545)
    • ►  February (399)
    • ►  January (265)
  • ►  2008 (1451)
    • ►  December (310)
    • ►  November (295)
    • ►  October (232)
    • ►  September (256)
    • ►  August (292)
    • ►  July (54)
    • ►  June (12)

LOKASI PARA PENGUNJUNG



free counters
PENAFIAN

DIALOG RAKYAT tidak bertanggungjawab ke atas sebarang gangguan, kerosakan atau masalah yang mungkin timbul kepada para pengguna semasa melayari laman ini. DIALOG RAKYAT juga tidak terlibat risiko dari segi undang-undang ke atas penyiaran bahan maklumat, tetapi menjadi tanggungjawab oleh punca maklumat seperti tertera.
Picture Window theme. Theme images by rion819. Powered by Blogger.