Ketika beberapa artis wanita tempatan dilaporkan enggan lagi tampil
bertudung, Rozita Che Wan pula membayangkan dirinya bakal menjadi
penghuni neraka sekiranya dia mengambil langkah sama.
Kata Rozita -
yang lebih mesra dipanggil Che Ta itu - dia tidak sanggup mengubah
penampilannya yang sudah bertudung sejak lama dulu kerana takut azab
seksaan di akhirat yang perlu ditanggungnya kelak.
“Saya rasa
kalau buka tudung boleh terus masuk neraka,” katanya ketika ditemui pada
majlis pelancaran kad sim glamor MyPrepaid Edisi Ekslusif Rozita Che
Wan di Petaling Jaya hari ini.
Enggan merujuk kenyataannya itu
kepada mana-mana artis yang sudah membuka tudung, Che Ta sebaliknya
menegaskan luahannya itu adalah untuk peringatan diri sendiri.
“Itu untuk diri saya. Siapalah kita untuk menghukum manusia lain.
“Kita tak boleh hukum dia tu dugaan dia (yang buka tudung) dengan Allah. Kena doa Allah bagi dia rahmat dan hidayah.
"Kita doa yang terbaik untuk dia,” katanya.
Baru-baru
ini, selebriti seperti Emma Maembong dan Fathia Latiff mengejutkan
peminat hiburan apabila membuat pengakuan tidak lagi akan tampil
mengenakan tudung.
Kata pemilik nama sebenar Rozita Abu Bakar itu,
selain beristiqamah, wanita yang ingin berhijrah menutup aurat perlu
mendampingi rakan-rakan yang membawa nilai positif.
Tukar kawan-kawan
“Bila nak hijrah, tukar circle of friends (lingkaran rakan-rakan) supaya kekal istiqamah. Kita ini kalau nak ikut benda tak elok tu memang cepat,” katanya.
Bersyukur
urusannya dipermudahkan, Rozita, 46, berkata keluarganya amat membantu
perjalanannya melakukan hijrah satu ketika dulu.
“Alhamdulillah
adik-beradik semua pakai tudung. Apabila ada masa berkumpul dengan
adik-beradik lain kami akan bincang pasal agama.
“Jika nak like gambar
orang tak pakai tudung pun haram. Sebab tu kalau nak muat naik gambar
wanita tak bertudung, saya pakaikan dia tudung,” katanya secara
berjenaka.
Sementara
itu, mengulas kad prabayar ekslusif berkenaan, Che Ta berkata kerjasama
dijalinkan dengan MyPrepaid merupakan satu penghargaan yang ingin
diberikan kepada peminat kerana mereka sentiasa menyokong perjalanan
kariernya sebagai anak seni.
Kata pelakon drama Kiah Pekasam itu, antara faedah boleh didapati setiap pengguna adalah perlindungan takaful kemalangan peribadi secara percuma.
“Pertama kali saya dengar kad sim bagi faedah begini iaitu dapat insurans bernilai RM1,500 kepada pengguna kalau mereka top up dan guna secara berterusan,” katanya.
No comments:
Post a Comment