Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Tun M diingatkan tak dengar nasihat salah: Majlis Belia Negeri Johor
BANGI– Majlis Belia Negeri Johor memohon agar Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad Malaysia tidak mendengar nasihat yang salah daripada
mana-mana pihak kerana bimbang ia boleh menghakis kepercayaan rakyat
jika perkara ini berterusan.
Presidennya,
Md Salleheen Mohamad berkata, pesanan itu diutarakan ekoran
kebelakangan ini, Dr Mahathir dilihat selalu mengeluarkan kenyataan yang
tidak tepat sedangkan semua sedia maklum itu bukan kendirinya yang
sebenar.
“Apabila Tun
mengatakan bahawa Undang Undang Tubuh negeri Johor 1895 dan Terengganu
1911 terbatal hanya disebabkan oleh Perlembagaan Persekutuan, ia amat
memeranjatkan kerana Tun seorang yang berpengetahuan dan berpengalaman
luas, apatah lagi Tun merupakan seorang yang amat teliti.
“Kesilapan
seumpama ini dikhuatiri akan menyebabkan rakyat Malaysia terutamanya
anak muda yang celik IT akan hilang rasa hormat dan melupakan jasa jasa
yang pernah Tun lakukan selama 22 tahun,” katanya dalam satu kenyataan,
hari ini.
Semalam, Dr
Mahathir dalam laman blognya, mendakwa bahawa Perlembagaan negeri Johor
dan Terengganu terbatal apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan.
Oleh itu, katanya, pada 9 Mei 2018, rakyat sudah mengundi untuk memilih Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
“Adalah
penting bahawa semua orang menghormati Perlembagaan dan mematuhinya.
Kegagalan berbuat demikian akan menafikan peraturan undang-undang,”
katanya.
Kenyataan
Mahathir itu dipercayai dibuat selepas pertelingkahan dengan istana
Johor dalam isu pemilihan menteri besar dan anggota majlis mesyuarat
kerajaan negeri (exco).
Mengulas
lanjut, Md Salleheen berkata, isu di Johor telah selesai apabila menteri
besar dan barisan exco kerajaan negeri mengangkat sumpah tempoh hari.
Maka dengan itu, beliau menegaskan, sebagai pemimpin nombor satu negara, Dr Mahathir tidak perlu lagi memanjangkan perkara ini.
“Sewajarnya
Tun dan barisan Kabinet fokus mencari formula terbaik untuk memastikan
kos sara hidup rakyat tidak akan terus meningkat, di samping memastikan
ekonomi negara terus kukuh bagi membolehkan kerajaan menunaikan segala
janji manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas.
“Dengan cara
sedemikian, barulah rakyat mendapat manfaat sebenar hasil daripada
memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan yang baharu,” katanya.
Selain itu,
Md Salleheen turut berharap agar kerajaan sentiasa menjalinkan hubungan
yang baik dengan pihak istana sama ada di peringkat persekutuan mahupun
negeri bagi memastikan kerancakan perancangan pembangunan dan program
rakyat berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment