Setiap negeri perlu buat persediaan produk, aktiviti bagi pelancong
KOTA BHARU –
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya memperuntukkan RM110 juta bagi
aktiviti Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 bermula pada 1 Januari
hadapan.
Ketua Setiausahanya, Datuk Isham Ishak
berkata, peruntukan itu bagi memastikan negeri-negeri sedar dan membuat
persiapan sewajarnya dalam memeriahkan program Tahun Melawat Malaysia.
“Mereka perlu bersedia dari sekarang dan
apabila pelancong yang datang untuk Tahun Melawat Malaysia kita sudah
ada produk yang baik, komuniti yang baik, ada persembahan produk dan
juga aktiviti pelancongan,” katanya, pada sidang media selepas
melancarkan Pasar Terapung Kampung Pengkalan Datu, Sering di sini, hari
ini.
Turut hadir ialah Pengarah Unit
Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed
Faziharudean Tengku Fiessal dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan
Masyarakat Kebudayaan Warisan dan Pelancongan Negeri Datuk Md Anizam Ab
Rahman.
Isham berkata pemilik produk pelancongan
juga boleh memohon geran pelancongan daripada kementerian tetapi produk
yang disediakan mesti bersepadanan dan mereka perlu berbelanja terlebih
dahulu sebelum dibayar balik. -Bernama
No comments:
Post a Comment