ISMA WEB
Majlis pemerintah tentera pecat duta dan konsul di enam negara
KHARTOUM
– Kereta api yang meluncur membawa kemenangan rakyat menuju ibu negara
Sudan ini, semalam, hampir tidak kelihatan kerana terlalu ramai yang
duduk, berdiri dan bergayut sama ada di dalam atau di atas bumbungnya.
Sambil
mengibarkan bendera Sudan, kehadiran kumpulan pencetus tunjuk perasaan
kerana marahkan harga roti melambung tinggi, diberi sambutan bagai wira
ketika mereka menghampiri bandar ini.
Konvoi
penunjuk perasaan dari Atbara – bandar di mana bermulanya gerakan
sehingga Presiden Sudan, Omar al-Bashir yang berkuasa selama 30 tahun
digulingkan – tiba di ibu negara, untuk bergabung dengan kumpulan
penunjuk perasaan lain menuntut pembaharuan dalam sistem pemerintahan
negara.
Digelar
‘bandar besi dan api’, di pusat rangkaian kereta api Sudan dan kediaman
aktivis pekerja, telah wujud legasi warisan dalam menentang pemerintah
sebelum dan selepas kemerdekaan Sudan pada 1956.
Tetapi,
apabila pelajar membakar pejabat parti Omar – Parti Kongres Kebangsaan
kerana marah susulan kenaikan harga roti yang membebankan rakyat.
Gambar
serta klip video pembakaran dan tunjuk perasaan di Atbara itu tersebar
di seluruh negara, membangkitkan semangat penentangan rakyat.
Empat
bulan kemudian, mereka berhimpun secara besar-besaran di luar ibu
pejabat tentera yang turut menempatkan kediaman Omar hingga akhirnya
presiden digulingkan oleh tentera.
Namun,
kini mereka tidak berganjak, sebaliknya dari sehari ke sehari, tunjuk
perasaan semakin meluas menggesa Majlis Pemerintahan Tentera (TMC)
segera menyerahkan kuasa kepada rakyat.
Kereta api
yang tiba dari Atbara semalam, bukan sahaja membawa kumpulan penunjuk
perasaan di kawasan itu sahaja, sebaliknya ramai yang menunggu di pekan
kecil seperti Damar dan Shandi, untuk sama-sama datang ke ibu negara
menyertai demonstrasi itu.
“Kami tahu
majlis tentera enggan menyerahkan kuasa kepada orang awam. Ini bermakna
mereka berkonspirasi untuk menghalang revolusi. Sebab itu kami mula
berkumpul di Khartoum,” kata seorang aktivis Atbara, Tarig Abdul Hamid.
Video Player
00:00
00:45
Sementara
itu, tiga anggota majlis pemerintah tentera meletak jawatan, ketika
tunjuk perasaan besar-besaran bakal diadakan hari ini.
Peletakan jawatan itu dibuat selepas majlis tentera dan ketua penunjuk perasaan mengadakan mesyuarat.
Sepuluh
anggota majlis tentera sebelum itu berkata, mereka mencapai persetujuan
terhadap semua perkara yang dituntut kumpulan perubahan dan kebebasan,
tanpa memberi penjelasan lanjut.
Kedua-dua pihak juga dilaporkan bersetuju membentuk jawatankuasa bersama bagi melakukan perubahan politik di negara itu.
Dalam
perkembangan berkaitan, TMC memecat enam duta dan konsulnya sebagai
sebahagian daripada semakan semula wakil diplomatik mereka di luar
negara.
Duta
terbabit ialah di Zimbabwe, Ethiopia, Thailand, Rwanda, manakala konsul
yang dipecat ialah di Miami, Florida di Amerika Syarikat (AS), dan di
Aswan, Mesir. – Agensi
No comments:
Post a Comment