Orang yang lupa peristiwa masa lampau akan mengulangi kesilapan
BANGI
– “Anwar naik mencacak. Dalam masa 11 tahun beliau naik daripada anak
ayam berbulu pahat kepada Timbalan Perdana Menteri dan bakal pengganti
Dr Mahathir.
“Apa yang
berlaku selepas itu adalah sejarah dan kita sering diingatkan melalui
hujah ahli falsafah George Santayana bahawa orang yang lupa (kejadian)
masa lampau akan mengulangi kesilapannya.”
Demikian
ditegaskan Penasihat Media dan Komunikasi di Pejabat Perdana Menteri,
Datuk A Kadir Jasin, sebelum menutup tulisannya dengan memetik kata-kata
Ibnu Khaldun dalam bukunya yang agung ‘Muqaddimah’ (1377), dan mengajak
semua pihak ‘belajar daripada sejarah’.
Tokoh
Wartawan Negara itu membuat ulasan berhubung kenyataan Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering berkata beliau tidak pandai memilih
pengganti dan kali terakhir mengulanginya ketika menggulung perbahasan
pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
di Putrajaya, 30 Disember lalu.
“Saya
tidak mahu mempersoalkan sama ada beliau bersungguh-sungguh atau
berseloroh apabila membuat kenyataan itu. Sebaliknya saya berpendapat
Tun Dr Mahathir mematuhi peraturan di dalam memilih pengganti atau bakal
pengganti.
“Apa yang
berlaku kepada pengganti atau bakal pengganti lebih berupa masalah dan
pilihan mereka sendiri. Daripada pengamatan saya, Dr Mahathir sentiasa
dipandu oleh kehendak dan keputusan parti di dalam membuat pilihan
pengganti dan bakal pengganti.
“Atas
alasan itulah beliau membawa masuk semula dan memberikan jawatan kepada
banyak orang yang menentang beliau dalam parti dan kerajaan,” katanya
menulis dalam blog beliau, hari ini.
Beliau
mengimbas semula langkah Dr Mahathir melantik semula individu yang
menentang beliau pada 1987. Ini termasuk,Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang
dilantik semula sama ada di dalam UMNO atau Kabinet, sehingga akhirnya
menjadi Perdana Menteri.
Kadir
turut mengimbas semula bagaimana pemilihan Dr Mahathir terhadap Tun Musa
Hitam suatu ketika dahulu sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan sejarah
yang dilalui kedua-duanya sehingga terkenal dengan gelaran ‘2M’ ketika
itu.
“Anwar
adalah pilihan Dr Mahathir. Tidak sampai setahun menjadi Perdana Menteri
beliau membawa Anwar masuk UMNO dan dalam masa tidak sampai sebulan
mencalonkan beliau sebagai wakil Barisan Nasional (BN) dalam pilihan
raya umum (PRU) 1982.
Anwar
merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada penyandang PAS,
Allahyarham Yusof Rawa. Mengalu-alukan kemenangan Anwar, Dr Mahathir
menyifatkan beliau sebagai anak ayam baru tumbuh bulu pahat, tetapi
sudah diterima oleh rakyat jelata sehingga mampu mengalahkan gergasi
politik ketika itu.
“Anwar
naik mencacak. Dalam masa 11 tahun beliau naik daripada anak ayam
berbulu pahat kepada Timbalan Perdana Menteri dan bakal pengganti Dr
Mahathir.
“Apa yang
berlaku selepas itu adalah sejarah dan kita sering diingatkan melalui
hujah ahli falsafah George Santayana bahawa orang yang lupa (kejadian)
masa lampau akan mengulangi kesilapannya,” katanya.
Kadir
berkata, oleh itu, bukan salah cara Dr Mahathir memilih pengganti,
sebaliknya individu yang menjadi pengganti atau bakal pengganti itu yang
‘menembak kaki mereka sendiri’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan