Ahad, 27 Januari 2019

Mamat Khalid kritikal di hospital

MALAYSIAKINI

   
Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid dilaporkan sedang dalam keadaan kritikal di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Astro Awani memetik isteri beliau, Hasmah Hassan berkata Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu.

Katanya, ini selepas suaminya mengadu sakit dada dan batuk.

"Dia kini dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi dan doktor memberikan dos untuk bagi dia berehat," jelasnya, lapor Astro Awani.

Hasmah berkata dia berharap rakan taulan dapat memberi ruang kepada Mamat untuk berehat secukupnya semasa menerima rawatan ketika ini.

Dia juga berharap peminat industri filem tanah air untuk mendoakan yang terbaik buat Mamat.

Antara filem arahan Mamat ialah Zombi Kampung Pisang, Apokalips X dan Estet.

Karya terbarunya, Hantu Kak Limah yang terbit pada Ogos tahun lalu melakar sejarah sebagai filem Melayu paling berjaya dari segi kutipan apabila memungut RM20.5 juta hasil jualan tiket dalam tempoh hanya 11 hari tayangan.

Pencapaian itu sekaligus memadam rekod filem Abang Long Fadil 2.


Tiada ulasan: