Malaysia hilang kelayakan untuk menganjurkan Kejohanan
Renang Dunia Para 2019 susulan kerajaan melarang atlet Israel daripada
bertanding.
"Kesemua kejohanan dunia mesti terbuka untuk semua atlet dan negara yang layak untuk bersaing dengan selamat dan bebas daripada diskriminasi," kata Presiden IPC Andrew Parsons dalam satu kenyataan hari ini.
"Apabila negara tuan rumah menyisihkan atlet dari negara tertentu, atas alasan politik, maka kami sama sekali tidak mempunyai pilihan tetapi untuk mencari tuan rumah baru bagi kejohanan ini.
"Pergerakan Paralimpik telah dan senantiasa dimotivasikan keinginan terhadap keterangkuman semua (inklusif), bukannya penyingkiran," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan