Sabtu, 26 Januari 2019

Rakyat tolak budaya politik melampau DAP – Hadi

Wartawan MalaysiaGazette
xMGF20012019_CERAMAH-PERDANA-BN-PAS19-681x454
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada Pentas Perdana sempena Pilihan Raya Kecil P.078 Parlimen Cameron Highlands di Felda Sungai Koyan 1, Jelai, Pahang. foto HAZROL ZAINAL
 

KUALA LUMPUR – Kemenangan calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Cameron Highlands adalah perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Ramli, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kekalahan DAP dan Pakatan Harapan dalam PRK ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan kerajaan dalam menunaikan janji mereka.

Ia juga petanda rakyat menolak budaya politik melampau yang dibawa oleh DAP.

“Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parlimen Cameron Highlands.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada ahli dan jentera PAS dari seluruh negeri dan negara yang turut membantu dalam kempen PRK Cameron Highlands ini.

“Kepada Tuan Ramli Mohd Nor, semoga beliau dapat membawa suara pembela agama, bangsa dan negara dengan sebaiknya di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: