Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Satu persatu institusi Islam diusik, dirobek kerajaan PH: Asyraf Wajdi
BANGI
– Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
mempersoalkan tindakan Dr Mujahid Yusof Rawa yang didakwa melantik Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP sebagai anggota lembaga pemegang amanah
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
Kesal
dengan pelantikan itu, Asyraf Wajdi berkata, Yadim seharusnya kekal
sebagai badan dakwah ulung melangkaui parti politik yang berperanan
melebarkan kefahaman Islam dan menyebarkan dakwah Islamiah dan Islahiah
dalam kalangan rakyat sejak penubuhannya pada 1974.
“DAP
adalah parti yang tidak pernah mahu iktiraf Islam sebagai agama negara,
malah konsisten sejak penubuhannya sehingga kini mahu menjadikan
Malaysia sebuah negara sekular.
“Nampaknya
satu persatu institusi Islam mula diusik dan dirobek oleh kerajaan PH
yang didominasi DAP kini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu,
Mujahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
mengesahkan pelantikan ADUN Paloh, Johor Sheikh Omar Ali sebagai anggota
lembaga pemegang amanah Yadim.
Beliau
dilaporkan berkata, pelantikan Sheikh Omar itu adalah berdasarkan
kelayakannya sebagai seorang yang mempunyai latar belakang agama.
Difahamkan,
Sheikh Omar dilantik ke jawatan itu untuk tempoh dua tahun dan watikah
pelantikannya akan disampaikan oleh Mujahid di Putrajaya esok.
Pelantikan Sheikh Omar itu dipercayai yang pertama membabitkan pemimpin DAP ke dalam institusi agama berkaitan kerajaan pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan