Selepas berseteru setiap hari, parti pembangkang dan kerajaan kemudian 'disatukan' oleh Israel.
Hari
ini salah seorang pemimpin Umno tampil memuji kerajaan Malaysia yang
diketuai Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana teguh enggan
menerima kemasukan atlet Israel ke Malaysia.
Anggota Parlimen
Kepala Batas, Reezal Merican Naina Merican, berkata ketegasan kerajaan
dalam isu berkenaan memag sewajarnya dipuji.
"Soal IPC
(Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa) membatalkan hak penganjuran
Malaysia itu juga tidak perlu mendatangkan resah kepada kita.
"Pelbagai ancaman, tindakan balas akibat ketegasan Malaysia memang perkara sangat lumrah.
"Ia membayangkan betapa pengaruh Israel ini berakar kuat di sebahagian besar badan antarabangsa, termasuk sukan," katanya.
Bekas
timbalan menteri luar itu menambah pendirian utuh Dr Mahathir dalam isu
itu sewajarnya dihargai ketika sebahagian masyarakat antarabangsa
mengkritiknya.
Kena puji, pertahankan
Kata Reezal Merican, Israel tidak sewajarnya mempunyai hak istimewa untuk melakukan keganasan terhadap warga Palestin.
"Kekejaman negara penjenayah ini mesti terus dihukum dengan cara diplomatik begini," katanya dalam satu kenyataan petang tadi.
Mahathir
pada 10 Januari lalu menegaskan Putrajaya tetap dengan pendirian untuk
tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para
Dunia 2019 di Kuching, Sarawak antara 29 Julai hingga 4 Ogos depan.
Malah
kata Mahathir Malaysia juga bersedia jika penganjur menarik balik hak
penganjuran kejohanan tersebut jika mereka tidak berpuas hati dengan
pendirian kerajaan.
Pendirian Mahathir itu turut mendapat pujian
Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menyifatkannya sebagai sangat tepat
dengan dasar luar Malaysia.
Kata
Abdul Hadi, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara
Israel atau warganya dalam sebarang acara bertaraf antarabangsa dan
tempatan.
Sementara itu, Reezal Merican berkata masyarakat dunia sudah terlalu memberi muka kepada kekejaman Israel.
"Walaupun mungkin Malaysia akan diserang semahunya dalam media antarabangsa, ketegasan kerajaan ini wajar dipuji dan dipertahan.
"Kita
mengharapkan kalangan para perwakilan kedutaan Malaysia di seluruh
dunia dapat mempertahan keputusan ini dan memberikan rasional terbaik
mengenainya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan