KEADILAN DAILY
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin berkata Putrajaya sedang merangka Akta Sewa Rumah bagi menangani kecenderungan pemilik rumah yang mengamalkan sikap perkauman dalam memilih penyewa dan pembeli.
“Undang-undang ini akan melindungi pembeli dan penyewa daripada diskriminasi,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan Dasar Perumahan Negara 2018-2025 hari ini.
Beliau turut mengumumkan Dasar Rumah Mampu Milik Malaysia yang bermatlamat untuk menjadikan pengalaman pemilikan rumah golongan B40 lebih selesa.
“Buat pertama kali kita ada subpolisi dengan golongan B40 sebagai sasaran. Kami dengar rungutan mereka tentang keadaan hidup yang kurang selesa.
“Masanya sudah tiba untuk membantu mereka agar kualiti hidup mereka lebih baik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan