Selasa, 29 Januari 2019

Surat minta RM50,000 untuk ‘tutup kes’ bukan dari SPRM

Sampel surat yang didakwa dikirim SPRM kepada orang ramai.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan ia mengeluarkan surat kepada orang ramai memaklumkan penerima surat terlibat dalam kes rasuah dan menawarkan pilihan untuk menutup kes dengan bayaran RM50,000.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM tidak pernah menghubungi mana-mana pihak menerusi surat bagi menutup sebarang kes.

“SPRM menerima banyak aduan daripada orang awam yang terpedaya dengan surat palsu tersebut sejak kebelakangan ini.

“Orang ramai yang menerima sebarang surat yang meragukan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pejabat SPRM terdekat,” katanya.


Tiada ulasan: