THE MALAYSIAN TIMES
KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) perlu mewujudkan mekanisme baharu yang lebih berkesan di negeri yang dikuasai pembangkang bagi mendapatkan sokongan dan kepercayaan rakyat, kata Pengerusi PH Kelantan, Senator Datuk Husam Musa.
Husam berkata sekiranya PH tidak mengambil pendekatan itu kekalahan seperti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands pada Sabtu mungkin berulang.
“Cameron Highlands adalah kerusi yang dikuasai pembangkang dan apa yang terjadi di situ adalah gambaran kepada PH sekiranya mereka tidak mewujudkan satu mekanisme berkesan di negeri-negeri pembangkang seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perlis maka hasilnya akan mengecewakan,” katanya.–Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan