Ahad, 27 Januari 2019

5,000 ahli Umno Sabah sertai Warisan

Ketua Umno Cawangan Mengkawas, Zamri Othman (2 dari kanan) 
menyerahkan borang keahlian kepada Loretto Padua Jr (3 dari kiri) 
di pejabat Warisan Bahagian Kinabatangan hari ini. (Gambar Bernama)

SANDAKAN: Kira-kira 5,000 ahli Umno dari Sandakan dan Kinabatangan menyertai Warisan hari ini.

Menurut Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua Jr, mereka datang daripada 10 cawangan Umno di Sandakan dan 66 cawangan di Kinabatangan.

Bekas ketua Wanita Umno Bahagian Sandakan, Noraini Sulong mengetuai 1,000 ahlinya menyertai Warisan.

“Warisan menyambut baik kemasukan anggota-anggota baru. Kita menjangka ada lagi yang akan menganggotai Warisan.

“Saya memohon semua pihak (ahli Warisan) sama ada lama atau baru, terus bekerjasama untuk kerajaan Sabah dan bantu perkukuhkan parti Warisan,” kata Loretto selepas majlis penerimaan ahli baru itu di sini.

Noraini berkata, keputusan mereka menyertai Warisan disebabkan mahu menyumbang kepada kemajuan Sabah.

Tiada ulasan: