Tinjauan: Lebih ramai pilih PAS sebagai pelindung isu Melayu Islam
MALAYSIAKINI
PAS mendahului Umno sebagai pelindung kepada isu mengenai Melayu dan
Islam, dedah satu tinjauan yang dilakukan terhadap 2,614 responden.
Pengarah
Eksekutif Ilham Centre Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata hampir 30 peratus
orang Melayu-Islam memilih PAS sebagai pelindung utama isu Melayu dan
Islam berbanding hanya 27 peratus memilih Umno.
PKR menduduki tempat ketiga iaitu sebanyak 17 peratus diikuti oleh Bersatu (4 peratus) dan Amanah (3 peratus), kata Yusri.
Tinjauan
mengenai sentimen Melayu-Islam dijalankan antara 1 Oktober hingga 24
Disember melibatkan 2,614 orang Melayu-Islam di seluruh negara.
Menurut
Yusri, 34 peratus Melayu-Muslim memilih Umno dan 29 peratus lagi
memilih PAS dalam kaji selidik yang sama dijalankan pada Ogos tahun
lepas.
“Ini sebelum ahli Parlimen Umno mula keluar parti," katanya
dalam Forum Nadi Melayu: Nilai,
Persepsi dan Sentimen Melayu-Muslim, di
Kuala Lumpur malam tadi seperti dilapor The Malaysian Insight.
Antara
penemuan dalam laporan awal yang dilakukan bersama Penang Institute
menunjukkan orang Melayu di negara ini umumnya bersikap konservatif.
“Ada yang cenderung ke arah nasionalisme Melayu manakala yang lain lebih nasionalisme Islam,” kata Yusri.
Walaupun konservatif, Yusri berkata orang Melayu masih terbuka terhadap idea demokratik.
Mengenai
persoalan Tanah Melayu, 86.7 peratus bersetuju orang Melayu adalah
pemilik yang berhak. Pada masa yang sama, 83.5 peratus juga berkata
Malaysia milik semua rakyat.
Sebanyak 72.3 peratus bersetuju orang
Cina dan India tidak sepatutnya meminta hak yang sama selagi mereka
dibenar mengekalkan pendidikan dalam bahasa ibunda manakala 79.5
perartus juga bersetuju semua rakyat Malaysia patut dilayan dengan adil.
Mengenai
Islam pula, 83.9 peratus berpendapat undang-undang syariah seharusnya
menjadi undang-undang tertinggi negara ini tetapi 91.7 peratus menyokong
negara berbilang agama di mana semua agama lain boleh diamalkan secara
bebas.
Naratif Islam PH sukar diterima
Kajian itu mengatakan orang Melayu-Islam pada umumnya mendapati naratif Islam oleh Pakatan Harapan (PH) terlalu sukar diterima.
“Kerajaan
sekarang perlu menggambarkan imej yang lebih tepat dan tidak progresif
kerana ia boleh disalah anggap sebagai liberal. PH tidak boleh pergi
kepada golongan konservatif juga kerana ia sudah dipegang oleh PAS dan
Umno.
“Walaupun nasionalisme Melayu lebih tinggi sekarang, kami menjangkakan nasionalisme Islam akan bangkit pada masa depan.”
Seorang lagi ahli panel Dr Faisal Hazis berkata ia akan mengambil masa untuk mengubah negara.
“Anda tidak boleh berharap untuk beralih kepada Malaysia Baru selepas 61 tahun Malaysia Lama,” katanya.
Ahli
panel lain termasuk Dr Wong Chin Huat daripada Penang Institute dan Dr
Liyana Khairuddin. Sesi itu dimoderator oleh Mohd Izzuddin Ramli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan