Isnin, 28 Januari 2019

Hanipa timbalan menteri kong kali kong – Noh

Wartawan MalaysiaGazette

xMGF19102018_DS-ZAHID-HAMIDI-MAHKAMAH28-681x454
Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar ketika hadir memberikan sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi bagi menghadapai pertuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI
 

KUALA LUMPUR – Rakyat ajak berswafoto itu sudah jadi budaya tetapi hakim menari itu langgar kod etika.

Itu teguran Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar kepada Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin.

“Kenapa Hanipa Maidin sakit hati sangat rakyat berswafoto dengan Datuk Seri Najib (Razak)?

“Ketua Hakim, Peguam Negara menari kamu kata budaya legal profesion tetapi bila rakyat ajak bergambar kamu pula sakit hati,” ujarnya yang juga pengamal undang-undang dalam status media sosialnya hari ini.

Menurut Noh yang juga Ahli Majlis Tertingi UMNO,  Hanipa kena faham perbezaan antara budaya dengan kod etika kehakiman sebelum membuat sebarang ulasan.

“Ini masalah kalau timbalan menteri (Hanipa) nak tunjuk pandai dan perangai masih seperti pembangkang. Timbalan menteri kong kali kong!” katanya.- MalaysiaGazette

Tiada ulasan: